feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

LAGI BUKTI HINDRAF DISEBALIK PAS

3 PEMIMPIN HINDRAF BELAAN PAS.
BERIKUT KAMI PAPARKAN BEBERAPA KENYATAAN PEMIMPIN HINDRAF YANG MENYOKONG KUAT PENDEKATAN PAS SEDANGKAN PAS SENDIRI MENGHINA TUHAN AGAMA HINDHU.MENGAPA INI BERLAKU?INILAH BUKTI BAHAWA HINDRAF BERADA DI BELAKANG PAS.
Di Kelantan (di mana kami dibesarkan), kerajaan fundamentalis Islam PAS di Kelantan dan cawangan-cawangan PAS pun tidak pernah membantah kuil Sivan Hindu ditempatkan di tengah-tengah 99.99% kampong Melayu di Kota Bharu. Malah, Menteri Besar Kelantan telah meluluskan 1 ekar tanah tambahan berhampiran kuil Hindu yang sedia ada supaya kuil berkenaan dapat dibina dengan lebih teratur dan lebih besar kerana seluruh kampong Melayu terpaksa dipindahkan untuk memberi laluan kepada pembesaran Bandar Kota Bharu. Kuil Hindu yang baru ini sekarang berdiri megah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Juga, Kuil Hindu Sri Maha Mariamman yang terletak di tengah-tengah kawasan kuat PAS di Tumpat, Kelantan yang dikelilingi oleh 99.99% orang-orang Melayu juga tidak pernah menghadapi sebarang masaalah…..
(In Kelantan (where we were brought up), even the fundamentalist Islamic PAS government in Kelantan and PAS branches had never objected to the Sivan Hindu temple being located in the midst of a 99.99% Malay village in Kota Bahru. In fact the said Kelantan PAS Chief Minister had granted a bigger one acre nearby land for this Hindu temple to be properly relocated built and expanded as the said whole malay village had to make way for the Kota Baru town expansion. This brand new Hindu temple now sits majestically in the heart of Kota Bahru town. Further, the Sri Maha Mariamman Hindu Temple in the fundamental Islamic PAS stronghold in Tumpat, Kelantan is also surrounded by 99.99% Malays but we never ever had problems…..)
- Hindraf in
www.bangkit.net


Kerajaan yang diterajui PAS di Kelantan tidak pernah merobohkan satu pun kuil Hindu atau kuil Buddha. Malah, patung Buddha berbaring yang terbesar di Asia Tenggara bukanlah di Thailand tetapi di Kelantan, di Kampung Neting, Tumpat, di tempat saya dibesarkan. Kerajaan PAS tidak merobohkan kuil-kuil, hanya kerajaan UMNO yang merobohkan kuil-kuil…..(The PAS-led government in Kelantan has not broken a single Hindu or Buddhist temple. In fact the largest sleeping Buddha in Southeast Asia is not in Thailand but in Kelantan in Kampung Neting, Tumpat, where I grew up. The PAS-led government does not break temples, only the Umno-lead government breaks temples…..)- Uthayakumar in malaysiakini.com

SAH DIBELAKANG HINDRAF IALAH PAS

PAS MENYOKONG TINDAKAN HINDRAF YANG TERNYATA MENGHINA ISLAM

HUSAM JUGA MAKAN RASUAH....

HUSAM JUGA MELAKUKAN PENIPUAN DALAM KES PENTERNAKAN KAMBING JAMNAPARI
Tiga laporan berkait AKSB itu adalah:

1. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian menerima wang berjumlah sekian dari kontraktor AKSB bernama sekian.

2. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian (lain) menerima wang berjumlah sekian (lain) dari kontraktor AKSB bernama sekian (lain).

3. Bahawa Datuk Husam pada 6 Jun 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 13 Julai 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 5 Disember 2004 menerima RM2,000 dari AKSB dan pada 20 Disember 2004 menerima RM1,500 dari AKSB.

Dua laporan lain mengenai AKSB yang tidak berkait dengan Datuk Husam secara terus tetapi turut perlu dijawab oleh Datuk Husam ialah berkenaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang, iaitu:1. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Amboran, Machang, yang tiada dalam perjanjian asal dan tidak mengikut spesifikasi oleh kontraktor menyebabkan ia gagal berfungsi menyalurkan air ke kawasan yang sepatutnya selain menyebabkan kerugian kepada AKSB serta pembinaan paip retikulasi di sekitar daerah Machang yang tidak mengikut spesifikasi (terlalu kecil) oleh kontraktor tetapi dibayar dengan harga normal oleh Air Kelantan Sdn Bhd menyebabkan AKSB kerugian RM750,000.

Asalnya tangki ini tiada dalam kontrak tetapi waktu projek loji Merbau Chondong sedang dibuat tiba-tiba AKSB mengarahkan kontraktor membina tangki ini. Ia juga dibina terlalu rendah menyebabkan tekanan air sama ada tiada langsung atau terlalu rendah (1-2 meter sahaja sedangkan mengikut piawaian ia patut lebih 10 meter). Dalam kontrak juga, sepatutnya ada satu tangki sedutan (booster pump) tetapi ia tidak dibuat oleh kontraktor dan sepatutnya bayaran kepada kontraktor perlu dipotong lebih RM1 juta (kos membina tangki sedutan ini) tetapi potongan yang dikenakan AKSB hanya RM300,000 sahaja menyebabkan AKSB kerugian lebih RM700,000. Kontraktor terlibat ialah Roadbuilders.2. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Peraksi, Pasir Puteh, yang tidak mengikut spesifikasi (mengikut kontrak, ia asalnya dicadang untuk dibina di tempat melihat anak bulan di puncak Bukit Peraksi tetapi pembinaannya dialih ke anak bukit yang jauh lebih rendah) oleh kontraktor menyebabkan air gagal disalurkan melalui Jambatan Tok Bali dan terpaksa dialih menggunakan laluan alternatif melibatkan tambahan paip sepanjang 16 km dengan kos RM10 juta (paip tambahan ini telah dibeli dari awal lagi menunjukkan perkara ini mungkin memang sengaja dilakukan untuk memberi keuntungan mudah kepada individu tertentu). Mengikut kontrak satu tangki sedutan (booster pump) juga patut dibina di kaki bukit tetapi ia tidak dibina menyebabkan kontraktor jimat lebih RM1 juta. Kontraktor terlibat ialah CAM Contract Works and Development.

Nasib Si Mat Sabu:Jual Maruah Islam

Sama tapi tidak serupa. Kedua-duanya perancang BERSIH. Tapi apa yang mendukacitakan ialah Tian Chua boleh perkudakan Mat Sabu. Mat Sabu menjadi kuda tunggangan berbayar oleh Tian Chua.
Puan Normah Alwi isteri kepada Mat Sabu. Tapi Bukan Normah yang ditangkap berkhalwat dengan Mat Sabu. Normah itu isteri orang.......

APABILA PEMIMPIN HINDRAF TIDAK BERAKAL DAN KURANG FAKTA

Kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan hindraf ialah Tamil Tiger Eelam Sri Lanka (LTTE) dan RSS India.
Mutiara Melayu Pulau Pinang amat terkejut dengan tindakan berterusan yang dlakukan oleh kepimpinan Hindraf. Yang pertamanya mereka telah berjaya memperkudakan orang India untuk memusuhi kaum Melayu. Kedua, mereka telah mengganggu gugat keamanan dalam negara.Di sini, kami paparkan fakta dan data yang lengkap tentang betapa baiknya pemerintah Melayu di Selangor meluluskan terlalu banyak pembinaan kuil di negeri Selangor sahaja. Jumlah pembinaan kuil ini melebihi jumlah pembinaan masjid. Persoalannya, apakah yang Hindraf mahukan lagi? Jawapannya mudah sahaja, iaitu mereka telah dibayar oleh agen asing sebagaimana Tian Chua dan tugas mereka ialah merosakkan ketenteraman negara. Apakah layak kepimpinan Hindraf bergelar pemimpin? Jika mereka memimpin kaum India, maka etnik India akan terus ketinggalan dengan sistem kasta kerana mereka memperjuangkan kasta.

1.Untuk 647,000 orang India di Selangor ada 810 buah kuil.Orang Melayu 2.5 juta orang di negeri itu.Jumlah masjid 358 buah dan 1,000 buah surau.

2.Bagi 1.3 juta orang Cina pula ada 1,015 tokong

3.Bagi 50,000 yang beragama Kristian ada 27 buah gereja.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo memberi angka-angka ini dalam wawancara khas mengenai isu Hindraf dengan RTM Sabtu malam.Jumlah orang Melayu di Selangor hampir empat kali ganda dari orang India.Jadi kita tak payah susah-susah nak congak dari segi nisbahnya rumah ibadat siapa yang lebih banyak.Hairan dalam keadaan macam ni pun ada orang berani keluar ayat ethnic cleansing segala macam.

LAMAN WEB PAS (TRANUNG KITE) MENGHINA TUHAN AGAMA HINDHU

WEB TRANUNG KITE MENYAMAKAN TUHAN AGAMA HINDHU DENGAN PAK LAH.BEGINILAH SIKAP PAS YANG SEAKAN-AKAN SEPERTI ABU LAHAB DAN ABU JAHAL.YANG PELIKNYA PENGANUT AGAMA HINDHU DAN HINDRAF MASIH NAK MENYOKONG PAS?SEDARLAH SEKALIAN PENGANUT AGAMA HINDHU, BAHAWA TUHAN KAMU PUN PAS PERMAINKAN!!!!!!


PETIKAN DARI WEB TRANUNG KITE....MILIK PAS

"Dewa Ganesh adalah seorang Dewa Gajah dalam kepercayaan agama Hindu.Dia disembah sebagai Tuhan Pendidikan,Pengetahuan, Kebijaksanaan dan Kekayaan.Sebagai Dewa Gajah , sudah tentulah ianya mempunyai 'telinga besar'Dan apabila PM Abdullah berkata :Saya mempunyai 'telinga yang besar', adakah Abdullah PM cuba mahu menjadi 'jelmaan' Dewa Ganesh?
Kalau dilihat kepada ciri Dewa Ganesh iaitu Pelajaran , bahawa Abdullah juga pernah menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.
Moral : PAS begitu jijik dan jelik sehingga menyamakan Pak Lah dengan Tuhan penganut Hindhu.Kaum India perlu tolak PAS dalam PRU ke 12 ini dan hanya penganut Hindhu yang tidak cerdik sahaja akan kekal menyokong PAS.

ZAMAN PAS MEMERINTAH :HARTA RAKYAT DI BAHAM

SEPENGGAL PAS MEMBAHAM HARTA RAKYAT DENGAN RAKUSNYA.
1.Syarikat Pembinaan ANZ membolot projek penswastaan berjumlah RM150 juta membabitkan Pusat Niaga Paka, Skim Pertapakan Kemudahan Asas (SPKA) Perumahan Bukit Bayas, Tok Adis dan Rumah Kos Rendah di Banggol Peradong, Sungai Kerak dan Durian Guling, Marang.Beliau juga menjelaskan yang semua projek tersebut adalah di bawah syarikat Kerajaan Negeri EPIC dan GPQ yang pada masa itu dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dato' Wan Mutalib Embong


2.Sepanjang pemerintahan PAS tiada projek pajak gadai Islam ditubuhkan, sebaliknya lima buah pajak gadai konvesional (riba) telah diluluskan dan dibolot oleh 'keluarga Lee'. Kerajaan BN dalam tempoh lapan bulan memerintah sudah menubuhkan dua pajak gadai Islam, iaitu Muassasah Ar-Rahnu (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) - Koperasi Pegawai-pegawai Agama Terengganu (KPAT), di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu dan Pusat Gadaian Islam Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)-MAIDAM, Kuala Berang.

MORAL : PEMIMPIN PAS LEBIH KUAT MEMBAHAM HARTA NEGERI.

PERLU BACA : ANWAR PENGKHIANAT JUAL DOKUMEN NEGARA

PENGKHIANAT NEGARA.......HANYA BERCAKAP KOSONG.
DARIPADA : SUMBER ARKIB MUTIARA MELAYU PULAU PINANG

Tindakan Anwar mencuri dokumen perbuatan khianat. Pelbagai pihak hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mencuri dan menyeludup keluar dokumen sulit kerajaan, perbuatan yang mereka sifatkan sebagai mengkhianati negara. Gesaan itu berikutan pendedahan bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor, dalam satu ceramah Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di Kampung Gajah, Perak malam tadi. Pendedahan itu dipandang berat kerana Ezam, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan, adalah antara orang paling rapat dengan Anwar sebelum dipecat daripada kerajaan dan parti pada 2 September tahun lalu.
Ezam membuat pendedahan itu sebagai menjawab kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad Selasa lalu bahawa Anwar menyimpan dokumen rahsia kerajaan di luar negara, sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu ialah ejen kuasa asing. Beberapa pemimpin politik dan pakar undang-undang ketika dihubungi hari ini berpendapat, jika pendedahan Ezam itu betul, Anwar melakukan kesalahan mengikut Kanun Kesiksaan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1973. Kanun Kesiksaan memperuntukkan hukuman sekurang-kurangnya penjara seumur hidup, jika tidak hukuman bunuh, ke atas mereka yang disabit melakukan kesalahan-kesalahan terhadap negara.
Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata jika pendedahan Ezam itu benar, ia adalah satu penderhakaan kepada negara dan rakyat. Katanya, jika betul ada enam kotak dokumen rasmi kerajaan disimpan di luar negara, ia menunjukkan usaha mensabotaj negara sudah lama dirancang Anwar dan penyokongnya. "Sebagai menteri dan timbalan menteri, kita angkat sumpah berikrar dan berjanji menyimpan semua rahsia kerajaan. Prinsip ini diamalkan di seluruh dunia.
"Jika betul dakwaan bahawa dokumen kerajaan sudah dilarikan ke luar negara, kredibiliti dan pengiktirafan kepada ikrar sumpah menyimpan rahsia itu akan hancur. "Lebih-lebih lagi jika seorang bekas Timbalan Perdana Menteri sanggup membuat begitu, ia adalah satu penghinaan kepada ikrar sumpah menyimpan rahsia yang dibacanya," kata beliau.
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu di Seremban petang ini, secara berseloroh berkata, jika tindakan mengikut OSA diambil terhadap Anwar, media dan negara asing akan menuduh kerajaan zalim. "Kalau dia hendak ambil dan dedah (dokumen kerajaan)...dia boleh dedahlah. Kita tengok apa dia boleh buat," katanya berseloroh.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia, R R Chelvarajah, berkata keputusan sama ada perbuatan Anwar boleh disifatkan sebagai menderhaka dan menyalahi OSA bergantung kepada kandungan dokumen yang disimpan di luar negara. Katanya, sesuatu dokumen ditakrifkan sebagai dokumen rahsia kerajaan jika diiktiraf begitu oleh menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian; pegawai yang bertanggungjawab dalam kementerian atau jabatan perkhidmatan awam tertentu; Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu atau pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam hal pentadbiran tertentu setiap negeri. Jika betul dokumen yang didakwa disimpan di luar negara itu rahsia, seperti ditetapkan Seksyen 16A OSA, Anwar boleh didakwa mengikut Seksyen 17 akta yang sama, kerana menjadi ejen asing untuk memudaratkan kepentingan dan keselamatan negara. Anwar juga, katanya, boleh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Kesiksaan jika terbukti beliau melakukan atau bersubahat bagi melakukan kesalahan terhadap negara. Bagaimanapun, beliau menegaskan, semua dakwaan itu masih bergantung kepada status dokumen terbabit, sama ada ia termasuk dalam kategori rahsia kerajaan seperti digariskan OSA.
Setiausaha penaja Parti Demokratik Malaysia (PDM), Wee Choo Keong yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, mahu kerajaan mengarahkan satu siasatan dibuat terhadap Ezam kerana pendedahannya itu membabitkan keselamatan negara. Beliau berkata, sudah tentu Ezam yang mendedahkannya tahu bila dokumen itu dibawa keluar dan sama ada ia disifatkan sebagai rahsia mengikut OSA atau tidak.
Pakar undang-undang Perlembagaan, Datuk Dr Rais Yatim berpendapat intipati dokumen itu perlu dipastikan sebelum tindakan diambil. Katanya, pengakuan Ezam bahawa dokumen itu dibawa keluar oleh Anwar adalah satu pengakuan peribadi yang sahih. Oleh itu, Jabatan Peguam Negara dan polis boleh mengambil tindakan susulan. "Anwar juga boleh didakwa mengikut Seksyen 8 OSA bagi kesalahan menyampaikan rahsia rasmi dengan salah," katanya.
Setiausaha Panel Peguam Umno, Mohd Noor Amin Mohd Noor Khan, berkata jika dakwaan Ezam itu boleh ditakrifkan sebagai satu pengakuan, polis wajar mengambil tindakan segera. "Pejabat ini dihujani panggilan menanyakan apa tindakan terhadap pihak yang terbabit dalam kesalahan serius ini," katanya.
Pensyarah ekonomi Universiti Malaya, Prof Jomo K Sundram, berkata soal sama ada dokumen itu disimpan di dalam atau luar negara tidak timbul, asalkan ia ditakrif sebagai rahsia, tindakan boleh diambil. "Itulah soal pokok...benar atau tidak. Apakah nak tipu negara atau tidak (dokumen itu)...bukan soal simpan di luar negara atau dalam selimut," katanya.
Presiden Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung, Datuk Suhaimi Ibrahim, berkata jika benar dakwaan itu, Anwar sudah menjual maruah negara kerana dokumen itu adalah rahsia negara. "Ini memberi gambaran seolah-olah beliau sendiri menjadi pengintip di dalam negara sendiri dan menggunakan rahsia itu untuk mengugut sistem yang pernah didukungnya sendiri," katanya sambil menyifatkan perbuatan itu satu perderhakaan kepada amanah rakyat.
Seorang lagi pensyarah Universiti Malaya, Datuk Mahadzir Mohd Khir, bimbang dokumen rahsia itu diperdagangkan di pasaran gelap untuk mengugut dan menjatuhkan kerajaan. "Dokumen itu boleh diguna anasir asing untuk mengugut seseorang pemimpin tertentu negara supaya bekerjasama dengan mereka jika tidak mahu kegiatan mereka (yang diketahui daripada dokumen rahsia itu) didedahkan," katanya.
Di PEKAN, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata tindakan Anwar itu bertentangan dengan prinsip perkhidmatannya sebagai jemaah menteri yang sering berdepan dengan pelbagai rahsia kerajaan. "Perkara ini serius. Kerajaan mesti siasat dan sesiapa yang terbabit patut menerima padahnya," katanya. Di MARAN, Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob, berkata kenyataan Ezam menunjukkan Anwar awal-awal lagi mempunyai rancangan untuk menyimpan rahsia kerajaan dan membocorkan pada keadaan yang menguntungkannya. "Oleh itu, kita tidak terkejut jika Anwar boleh buat lebih daripada itu bagi menutup masalah peribadinya. "Dengan pengakuan Ezam, kita dapat mengetahui sejauh mana keperibadian Anwar serta sejauh mana kesetiaan mereka pada parti, bangsa dan negara," katanya.
Di KOTA TINGGI, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata individu atau parti yang membawa keluar dokumen rahsia kerajaan perlu berhadapan dengan risiko atas tindakan mereka. Beliau berkata, pendedahan itu juga membuktikan Anwar dan penyokong-penyokongnya menggunakan kuasa asing bagi mencapai cita-cita politik mereka dan membelakangkan kepentingan negara sendiri. Di JOHOR BAHRU, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata tindakan Anwar menyimpan dokumen kerajaan di luar negara menunjukkan dia tidak mempunyai niat yang baik ketika bertugas dengan kerajaan. Beliau berkata, apa yang difikirkan Anwar ketika bertugas dengan kerajaan hanyalah untuk kepentingan peribadi bagi mendapat kuasa di negara ini.
Di IPOH, Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib, berkata jika dakwaan Anwar menyimpan dokumen kerajaan itu benar, dengan sendirinya bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan dua kesalahan di sisi undang-undang negara. "Kalau fail mengandungi dokumen kerajaan itu adalah rahsia, menjadi kesalahan menyimpannya dan jika didedahkan pula, ia menjadi satu lagi kesalahan," katanya.

KESIMPULAN : JIKA ANWAR MENJADI PM MAKA TIDAK MUSTAHIL NEGARA MALAYSIA AKAN DIJUALNYA DENGAN KADAR HARGA LELONG YANG TERENDAH. KETIKA ITU, HJ HADI BOLEH TUMPANG SEKAKI PEGANG LOCENG LELONG MALAYSIA.SEBAGAI BEKAS TPM, ANWAR BOLEH DIGELAR SEBAGAI PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA DAN BOLEH DIHUKUM KERANA MEMPUNYAI MUSLIHAT UNTUK MENJUAL NEGARA.

ANWAR BERANGAN MENJADI KETUA MENTERI PULAU PINANG


Menurut sumber dari kepimpinan PAS Pulau Pinang, hampir 90% agihan kerusi pilihanraya telah pun selesai di atur. Yang peliknya, semua yang di atur adalah tertumpu kepada kepentingan PKR dan DAP.PAS hanya mampu menghantar wakil di kawasan yang ramai Melayu. Dengan kata lain, pendekatan PAS masih lagi tidak dapat diterima oleh orang bukan Islam. Sepatutnya sekiranya PAS yakin bahawa pendekatan Islam mereka bawa untuk semua, maka tidak mustahil PAS boleh meletakkan calon mereka di Dun Sungai Puyu dan Komtar.Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa PAS GAGAL MENCERMINKAN KESUCIAN ISLAM KERANA PAS KOTOR.
Perkara kedua yang agak pelik, PAS dan DAP rela jawatan KM diberikan kepada Anwar sekiranya BA menang.Sekali lagi , Cina Pulau Pinang diperbodohkan oleh Anwar. Anwar akan bertanding di DUN Penanti dan Parlimen Gelugor.Ini bererti Anwar ingin melawan Dato' Jalil dan menjadi wira baru Penanti. Tetapi sekali lagi BA dibohongi,apabila Anwar inginkan kuasa KM sekiranya ia menang.
Kesimpulannya, dalam kes ini yang bodohnya ialah PAS dan DAP. Yang untungnya Anwar Al Juburi(kata Mat Sabu The Blue Film)

ANWAR IBRAHIM ANTARA MUNAFIK DAN DAJJAL BARU

MENANGGUK DI AIR KERUH SEORANG MUNAFIK MODEN.DAHULU ANWAR YANG MENYURUH MELAYU MENENTANG HINDHU.TETAPI SEKARANG ANWAR BERSAHABAT DENGAN EKSTRIMIS HINDHU.ZAMAN ANWARLAH BERLAKUNYA PERTEMPURAN HINDHU ISLAM DI MALAYSIA.SIAPA DALANGNYA?DIALAH ANWAR IBRAHIM BAPA DAJJAL MODEN.SEKALI KAUM PENGANUT AGAMA HINDHU DIPERBODOHKAN ANWAR.
BUKTI TIDAK PATRIOTIK SEGELINTIR KAUM INDIA MENJULANG GANDHI.DIMANAKAH MEREKA TINGGAL SEKARANG.DI INDIA ATAU MALAYSIA?
Pelik tetapi benar.Itulah lumrah takdir yang Allah tunjukkan kepada semua rakyat Malaysia. Taktala segelintir pengikut Hindraf berjuang untuk orang India di Malaysia yang mereka katakan tertindas, tiba-tiba Dajjal Baru Malaysia iaitu DSAI tampil memberikan sokongan. Tetapi perlu diingat DSAI ialah bapa kepada PERKAUMAN MODEN dan di zaman pemerintahannya berlaku perselisihan antara Islam dan Kristian dan tentu kita semua ingat perisiwa Kg Rawa . Ketika itu Anwar menjadi juara untuk menyelamatkan Islam tetapi sekarang Anwar menjadi Juara menyelamatkan Hindhu.Inilah bukti perbalahan kaum di zaman Anwar dan Anwar sendiri menjadi dalang tersirat disebalik pergaduhan Islam Hindhu di Pulau Pinang.

KRONOLOGI PERISTIWA KAMPONG RAWA 1998

Januari 1998 -
Anak-anak Qaryah Majid Kampong Rawa menandatangani beramai-ramai memorandum bantahan serta menghantarnya kepada pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Ahli Politik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan badan-badan kerajaan yang lain, berkaitan kuil haram yang di bina berhampiran Masjid kampong Rawa dan mengganggu jemaah masjid mengerjakan ibadat terutama ketika solat maghrib dan tarawikh dengan membunyikan bunyi loceng kuil, di waktu umat Islam sedang solat.

Januari 1998 - Polis Cawangan Khas telah menghidu sensitiviti isu berkenaan dan telah memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan dan langkah-langkah wajar dan sesuai berkaitan aduan anak-anak Qaryah Kampong Rawa.
* Walaubagaimanapun aduan anak Qaryah dan nasihat daripada Polis Cawangan Khas tidak di indahkan dan di pandang ringan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang..

* Dalam tempoh tersebut Majlis Perbandaran Pulau Pinang, ada membuat lawatan, mengambil gambar kuil Hindu tersebut, tetapi tiada tindakan susulan selepas itu.

* Dari maklumat yang di perolehi, tuan tanah, yang dimiliki oleh seorang Cina telah mengeluarkan Notis dan bantahan supaya kuil tersebut di robohkan, tetapi apa yang terjadi sebaliknya, kuil tersebut telah di perbesarkan lagi dalam masa yang singkat.

* Pihak Qaryah juga kesal kerana kuil-kuil Hindu di kawasan Sungai Pinang terlalu banyak dan di bina dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan dari pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan boleh di katakan hampir setiap 50 meter tedapat kuil Hindu yang besar atau kecil tanpa apa-apa tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, melalui agensinya iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

* Menurut bancian, bilangan kuil Hindu, bermula dari KOMTAR hingga ke Kampong Rawa melebihi 40 buah, samada kecil atau yang besar.

* Dari maklumat yang boleh di percayai, anak qaryah Kampong Rawa juga tidak berpuashati kerana kuil tersebut bukanlah sebagai tempat ibadah kaum Hindu tetapi mereka mendakwa di situ adalah pusat pengedaran dadah setempat dengan berlindung di atas nama kuil.

13 Mac 1998 ( Jumaat ) - Kesabaran anak Qaryah Kampong Rawa sampai kekemuncaknya dan tercabar apabila kuil tersebut telah di besarkan walaupun bantahan rasmi telah di buat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Demontrasi pertama jemaah Masjid Kampong Raya telah di adakan.

18 Mac 1998 ( Rabu ) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil keputusan di dalam mesyuarat EXCO supaya kuil yang telah diubahsuai dengan perbelanjaan hampir RM50,000.00 itu, di perkecilkan mengikut saiz asal.

20 Mac 1998 ( Jumaat ) - Demonstrasi kedua anak qaryah telah diadakan di perkarangan Masjid Kampong Rawa dengan kehadiran yang lebih ramai dan mereka telah bersurai apabila pihak polis berjanji membawa wakil qaryah bersemuka dengan pihak atasan untuk berunding.

22 Mac 1998 ( Ahad ) - Mesyuarat tergempar telah diadakan pada waktu malam diantara pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Qaryah Masjid Kampong Rawa, wakil penduduk Kampong Rawa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta badan-badan Kerajaan yang berkaitan, mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Dato' Koh Su Khoon, keputusan nya:- (Dari maklumat yang di perolehi mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 malam)

* Pihak Qaryah dan penduduk Kampong Rawa telah memberi kata dua kepada Kerajaan Negeri supaya kuil tersebut di pindahkan sebelum hari Jumaat 27 Mac 1998.

* Pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju dan mengambil keputusan supaya kuil yang di bina secara haram tersebut di pindahkan sebelum Jumaat 27 Mac 1998 ke tanah Kerajaan yang berhampiran.

* Kuil tersebut akan di sita (Seal) oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

* Dari maklumat yang di perolehi, Kerajaan Negeri telah menanggung perbelanjaan perpindahan kuil Hindu tersebut yang dianggarkan berjumlah RM70,000.0023 Mac 1998 ( Isnin ) - jam 3.30 petang, penganut Hindu seramai hampir 250 orang telah mengadakan demonstrasi di Jalan Penang berhadapan KO?MTAR, membantah keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memindahkan kuil tersebut, mereka bersurai setelah di nasihati oleh pihak Polis.

* Minggu tersebut, bermula dari Isnin (23 Mac) hingga Jumaat (27 Mac) suasana di sekitar Pulau Pinang mula tegang dan berita-berita angin yang berunsur fitnah dan tidak benar telah mula tersebar, ini memburukan lagi keadaan, dan memaksa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan rasmi supaya rakyat Negeri Pulau Pinang bertenang, bersabar dan tidak menyebarkan fitnah dan mendengar berita angin.

* Orang-orang Hindu dan Umat Islam dari merata ceruk Malaysia mula berkunjung ke Kampong Rawa memberi sokongan moral kepada pihak masing-masing, dan surat-surat sokongan, E-mail, dan newsgroup melalui Internet telah di edarkan supaya setiap pihak berkumpul pada Jumaat 27 Mac 1998.

* Dalam minggu tersebut Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), dan Pasukan Polis Hutan telah di tempatkan di sekitar Masjid Kampong Rawa dalam keadaan bersiap sedia.

* Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan dalam mesyuarat pada 22 Mac 1998 supaya kuil tersebut di pindahkan, tetapi pemimpin-pemimpin politik Hindu masih cuba mencari jalan supaya kuil tersebut di kekalkan di situ, walaupun mereka tahu pembinaan kuil tersebut adalah haram, tidak mengikut peraturan (sememangnya tiada peraturan pembinaan kuil ) dan mendapat bantahan dari tuan tanah. (tanah tersebut milik persendirian).24 Mac 1998 (Selasa) - Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mensita kuil tersebut dengan zink.
26 Mac 1998 (Khamis) - Pagi Khamis umat Islam semakin ramai berkumpul di Masjid Kampong Rawa, menunggu dan tertanya-tanya bilakah kuil tersebut akan di pindahkan, dan orang-orang Hindu pula semakin ramai berkumpul di Lines Road berhampiran Quarters Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dimana penempatan tapak kuil baru tersebut.

* Bermula pada jam 10.00 malam kuil tersebut telah mula dipindahkan sedikit demi sedikit dengan di saksikan oleh hampir 500 orang jemaah di Masjid Kampong Rawa, beberapa ramai penganut Hindu di Line Road dengan kawalan ketat pihak Polis Simpanan Persekutuan, Pasukan Polis Hutan, Cawangan Khas dan pihak atasan Negeri Pulau Pinang.

* Semasa proses perpindahan tersebut berlakulah ejek mengejek, caci mencaci dan cabar mencabar, tetapi dapat di kawal oleh pihak polis.

* Proses perpindahan tersebut selesai di jalankan pada jam 4.00 pagi, dan di selesaikan oleh Sami Hindu yang didatangkan khas daripada Batu Cave, Kuala Lumpur.27 Mac 1998 (Jumaat) - Kehadiran jemaah untuk solat Jumaat pada 27 Mac 1998 adalah luar biasa dan di anggarkan hampir 5000 orang telah hadir untuk menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut, Jemaah selesai menunaikan solat Jumaat dengan sempurna:-2.30 ptg

- Keadaan mula tidak terkawal setelah ada di antara jemaah yang meniup semangat dan mula berarak beramai-ramai ke Line Road di mana puak-puak Hindu ramai berkumpul, mereka mula merusuh dan mula mencetuskan PERISTIWA BERDARAH KAMPUNG RAWA.3.00 ptg

- Polis mula bertindak menggunakan kekerasan menembak perusuh dengan air kimia, melepaskan hampir 150 gas pemedih mata, membuat serbuan dan menangkap perusuh.6.00 ptg .Pihak Polis berjaya menyuraikan jemaah di dalam masjid tersebut dan seperti kenyataan akhbar yang di keluarkan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang 140 orang telah di tangkap, dan di tahan reman, keadaan sekitar masjid terkawal.
9.00 mlm - Penduduk sekitar Georgetown di kejutkan lagi dengan peristiwa berdarah, apabila hampir 40 hingga 50 buah motor yang di tunggangi oleh pemuda-pemuda Hindu bermotor telah merusuh dengan menyerang orang-orang awam di sekitar Penang Road berhampiran Ibu Pejabat Polis Georgetown. Mereka telah memukul, merompak ala koboi dan menyerang orang awan dengan senjata, membaling batu ke Masjid Benggali, dan beberapa buat restoran mamak di Penang Road.

BERSIH PERALATKAN UMAT ISLAM

DAP TIDAK SEHATI SEJIWA DENGAN BERSIH. MENGAPAKAH LIM KIT SIANG TIDAK MEMAKAI BAJU KUNING?DALAM SOAL BERPAKAIAN PUN DAP TELAH MEMBOHONGI PAS DAN KEADILAN.
UNIT AMAL PAS BERBAJU MERAH MERUPAKAN BARISAN DEPAN DALAM HIMPUNAN BERSIH.TIDAK SEMUA UNIT AMAL BERBAJU MERAH. MEREKALAH YANG MENJADI TUNJANG MELAKUKAN PROVOKASI KEPADA PIHAK POLIS.JIKA ANDA BERADA DI ANTARA MEREKA, ANDA AKAN MENGETAHUINYA.

SEMUANYA ORANG ISLAM.DIMANAKAH AHLI DAP, PKR DAN ORANG BUKAN MELAYU?BERSIH MEMPERALATKAN UMAT ISLAM MALAYSIA.


LIM GUAN ENG PUN TIDAK MEMAKAI BAJU KUNING. SEMUA KEPIMPINAN TERTINGGI DAP TIDAK BERSATU BERSAMA BERSIH.SEKALI LAGI PAS DIPERBODOHKAN.

SIVARASAH BAPA PERKAUMAN MODEN

S.SIVARASAH ADALAH ANTARA KEPIMPINAN PKR YANG SEDANG ASYIK MENGATUR STRATEGIK UNTUK MELAGA-LAGAKAN KAUM MELAYU DENGAN INDIA. SUARANYA LANTANG DENGAN MENYATAKAN BAHAWA AGAMA HINDU TIDAK MENDAPAT TEMPAT DI MALAYSIA DAN MEMBUAT PROVOKASI DENGAN MENYATAKAN PEMIMPIN ISLAM MEROBOHKAN KUIL HINDU.SIAPAKAH SIVARASAH?

MAT SABU DI JULANG. HJ HADI DI ARAK

PELIK TETAPI BENAR. BAYANGKANLAH SEORANG PRESIDEN HANYA DI ARAK MANAKALA MAT SABU PULA DIJULANG. MEGAPA IANYA BERLAKU DI DALAM PAS?JAWAPANNYA MUDAH IAITU KERANA MAT SABU IALAH PEJUANG DAN PELINDUNG SYIAH DI MALAYSIA. MAT SABU MENDAPAT TEMPAT DI DALAM PAS KERANA KETOKOHAN BELIAU DI DALAM SYIAH.

MEREKA YANG MAHUKAN MELAYU DAN ISLAM BERKUBUR DI MALAYSIA

GAMBAR DI ATAS ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PENGGERAK YANG INGIN MENJATUHKAN ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA.PAS DAN PKR MENYEMBAH MEREKA DAN MENGHARAPKKAN BANTUAN MEREKA.PERHIMPUNAN BERSIH SENDIRI ADALAH DI BAWAH PEMBIAYAAN TIAN CHUA YANG MENDAPATKAN SUMBER KEWANGAN DARIPADA AGEN LUAR .

DAP MAHUKAN KETUANAN MELAYU DIHAPUSKAN.

DAP MAHUKAN ISLAM DI HAPUSKAN.HAJI HADI BERMESRA DENGAN MUSUH ISLAM.FIKIRKAN ?????
Mutiara Melayu Pulau Pinang terasa terkejut dan amat kecewa dengan kenyataan yang pernah dikleurakan oleh DAP satu ketika dahulu. DAP jelas semakin lama semakin berani menyuarakan hak untuk menghapuskan keistimewaan Melayu. DAP mahukan Melayu terus terpinggir dan ketuanan Melayu dihapuskan dengan kadar segera. Dengan kata lainnya DAP mahukan MELAYU dihapuskan.Berikut dilampirkan meo DAP tentang penghapusan ketuanan Melayu.:

YB Datuk Dr Maximus J. Ongkili,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara,
Bangunan Parlimen Malaysia,Kuala Lumpur.

DENGAN TANGAN
Yang Berhormat Datuk,

Kembalikan Kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957 Dan Penubuhan Malaysia 1963 Sebagai Daya Penggerak Perpaduan Negara Dan Integrasi NasionalIsu-isu perpaduan nasional mempunyai kesan yang besar terhadap corak dan bentuk pembangunan negara. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini harus mempertimbangkan sebarang dasar-dasar yang dapat memelihara dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Sesungguhnya, pembentukan sebuah bangsa Malaysia di mana kita dikenali sebagai warganegara Malaysia dan bukan asal usul kaum masing-masing harus digalakkan. Lantaran itu, parti-parti politik atau kesatuan-kesatuan yang menghadkan keahlian kepada satu kaum sahaja diharamkan. Begitu juga dengan sebarang perbezaan atau pemecah-belahan di kalangan rakyat Malaysia yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia tidak harus dijadikan sebahagian dasar pembangunan negara.

Demi mencapai hasrat berbeza masyarakat pelbagai kaum dan agama, kami ingin mencadangkan syor kembalikan kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957 dan penubuhan Malaysia 1963 sebagai daya penggerak perpaduan negara dan integrasi nasional. Sebagai teras mengecapi kemerdekaan dan asas kepada pembentukan Malaysia, syor menerima pakai semula Perlembagaan asal tidak begitu berkontroversi atau banyak dipertikaikan.

Yang pertama, ia mencerminkan kontrak sosial kemerdekaan dan penubuhan Malaysia baik dari soal status agama, bahasa kebangsaan, raja dan sistem raja perlembagaan mahupun hak asasi manusia secara individu. Kedua, ia mengingatkan semula asas kemerdekaan daripada penjajah adalah berlunaskan demokrasi dan rundingan di mana hak yang diberikan disusuli dengan pertanggungjawaban dan pembahagian kuasa badan Parlimen, Kehakiman dan Eksekutif. Ketiga ia merupakan satu daya penggerak perpaduan dan integrasi nasional dengan menggariskan peruntukan keadilan sosio-ekonomi dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan yang seimbang berdasarkan meritokrasi dan keperluan.

Adalah dikesali bahawa matlamat murni ini telah diselewengkan berikutan pindaan berpuloh-puloh kali dalam tempoh masa 48 tahun ini sehingga Perlembagaan masakini adalah lain daripada yang asal. Pindaan ke atas kuasa Perdana Menteri dan badan Eksekutif menjadikan Parlimen yang sepatutnya paling unggul sebaliknya menjadi sebuah cabang Jabatan Perdana Menteri. Pindaan-pindaan yang menidakkan kebebasan berhimpun, bersuara dan menerima layanan yang saksama mencabuli hak asasi manusia sehingga tahanan tanpa bicara menjadi lumrah. Kini kuasa polis dan badan berkuasa begitu luas sehingga negara digelar negara polis kerana rakyat tidak ada hak perlindungan langsung.

Di samping itu dasar-dasar pendidikan dan kebudayaan yang hanya menonjolkan konsep dominasi dan ketuanan sesuatu kaum atau agama harus diketepikan. Konsep ketuanan kaum adalah satu ideologi kolot yang bukan sahaja ketinggalan zaman tetapi amat berbahaya sekali. Ini dibuktikan oleh rekod sejarah dominasi kaum Aryan Nazi di bawah Hitler yang mencetuskan Perang Dunia Kedua dan menyebabkan berpuloh-puloh juta kematian.

Adalah dikesali konsep ketuanan Melayu telahpun diperkenalkan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3 dan 5 pada tahun lepas bila ia tidak pernah dibangkitkan di antara tahun 1957 ke 2003. Adalah sungguh tidak sihat pelajar-pelajar kita akan dipecah-belahkan dalam usia yang begitu mentah di antara warganegara kelas satu dan kelas dua.

Selain daripada bercanggah dengan sifat toleransi yang diperlukan untuk memupuk semangat muhibbah, ia juga berlawanan dengan amalan dan budaya demokrasi. Kami harap Jawatankuasa Pilihan Khas boleh mencadangkan buku teks sejarah sekolah menengah dibetulkan untuk memansuhkan istilah “ketuanan Melayu” yang mencacatkan usaha perpaduan dan integrasi nasional.

Akhir kata, kami mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan dikembalikan kepada era Merdeka tahun 1957 untuk memulihkan hak-hak rakyat dan jaminan perlembagaan terhadap demokrasi kebebasan, keadilan dan akauntabliti. Rakyat tanpa kira kaum dan agama boleh bersatu-padu di bawah bendera demokrasi seperti memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan ataupun memerangi gejala rasuah. Maka perpaduan sedemikian adalah lebih kukuh dan bermakna kerana dapat menjaminkan semua rakyat Malaysia menikmati kemakmuran yang adil dan saksama.


Sekian terima kasih.

Yang benar,

(LIM GUAN ENGSETIAUSAHA AGUNG DAP)

(29/4/2005)