feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

JENAKA PAS PULAU PINANG DAN BUKTI PR LEMAH DAN LEMBAB

Umno Guna MAIPP Halang Anwar Sampaikan Tazkirah
Posted on Sunday, September 05 @ 16:00:00 PDT
Oleh: dperbatasan

"Umno dipercayai ( main agak-agak jer ni ) menggunakan pengaruhnya ( UMNO ADA PENGARUH LAGI DI MAIPP. KATA UMNO DAH TIADA PENGARUH DI PENANG DAN MANSOR PUN SEBUT DALAM SINAR JANGAN HARAP BN NAK RAMPAS PENANG) dan tekanan (HEBAT UMNO BOLEH BAGI TEKANAN WALAUPUN MAIPP DIKUASAI KERAJAAN NEGERI.) untuk menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkiran di sebuah masjid di sini semalam. Tindakan ini didakwa berikutan Umno-Barisan Nasional mempengaruhi Majlis Agama Islam Pulau Pinang supaya melarang khatib jemputan di masjid di negeri itu.(UMNO BOLEH PENGARUHI MAIPP. BUKAN KER TIMBALAN MAIPP TU SALLEH MAN. YDP ELYAS ZAKARIA DAN RAMAI DIKALANGAN PAS ADA DALAM MAIPP. SO, HEBATLAH UMNO BOLEH SWING MAIPP. APA CERITA NI ...PENGURUSAN MASJID DAH TAK SUKA ANWAR, SO TERPULANG PADA DIA LA. KENAPA MANSOR TAK ARAHKAN ANWAR BAGI TAZKIRAH. KAN KE DIA TIMBALAN KM 1 DAN BERANI KER PENGERUSI MASJID TU NAK LARANG BILA MANSOR SURUH. )

Kebanyakan pengerusi khariah masjid di Pulau Pinang masih terdiri daripada anggota Umno yang dilantik bagi tempuh 2 tahun oleh bekas Yang DiPertua MAIPP, Shabudin Yahya sebelum beliau diganti pada 1 Januari 2010. ( BETUL KER. CUBALAH SENARAIKAN PENGERUSI KHAIRIAH YANG UMNO PEGANG.)

Pada kejadian semalam Anwar dihalang ( ISTILAH DI HALANG TU SEOLAH-OLAH DALAM KEJADIAN TERSEBUT PEGURUSAN MASJID MENGHALANG ANWAR PEGANG PEMBESAR SUARA DAN BERCAKAP. BETUL KER KEJADIAN NI BERLAKU??JANGAN NAK BOHONG BULAN PUASA NI) menyampaikan tazkirah di Masjid Titi Teras, Balik Pulau oleh pentadbir masjid.

Sebelum itu Anwar menghadiri majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Masjid Pulau Betong dan kemudiannya bertolak ke masjid tersebut untuk mengerjakan solat tarawikh atas jemputan penduduk di situ.( KAN KE MAIPP DAN KELUARKAN KENYATAAN JEMPUTAN MESTI DI BAWAH KUASA PENGURUSAN MASJID DAN BUKAN PENDUDUK SETEMPAT. KENAPA NAK LAWAN CAKAP SALLEH MAN DAN USTAZ ELYAZ ZAKARIA)

Bagaimanapun selesai sahaja solat tarawikh pentadbir masjid segera menjemput Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke jamuan moreh tanpa diminta memberi tazkirah.

Kejadian itu turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof serta Ahli Parlimen Baling, Taib Azimuddin.

Mansor ketika dihubungi Suara Keadilan berkata beliau akan menyiasat mengenai perkara tersebut sebelum mengambil tindakan susulan. (LEMAHNYA MANSUR. DIA ADA JOIN SEKALI DALAM MAJLIS TU , TAPI TAK BOLEH BUAT APA-APA. NI NAMANYA TKM 1 YANG BIUL )