PAS DAN PKR BERTELAGAH SIAPA AKAN KE PUTRAJAYA
BUKIT MERTAJAM, 15 Ogos: PAS akan menerajui dan merealisasikan aspirasi serta cita-cita besar presiden dan parti untuk menjadikan langkah ke Putrajaya sebagai satu realiti dan bukannya dongengan semata-mata. ( kau baca kenyataan salahuddin ni ...dia kata bukan dongengan semata-mata. dia tuju pada siapa ni????jawab pkr jawab anwar. aku tolong jawabkan. dia tuju pada anwar yang kuat angan-angan la mangkuk!!!!)
Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa menyampaikan ucapan pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden anjuran Lanjah Penerangan PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nadhoh, Penanti, pagi tadi. Beliau juga berkata, dalam era globalisasi kini PAS harus dilihat sebagai sebuah parti yang jelas sedang menuju ke arah perjuangan universal yang memperjuangkan keadilan untuk semua. ( keadilan ke arah liberalisasi islam la tu mangkuk waoiii. kafir nak Alah hangpa bagi Allah.kafir nak murtad hangpa berjuang tang murtad. kafir tak mau hudud, hangpa kata takpe hudud tak perlu buat lagi.)
"Waktu ini adalah masa untuk kita membuktikan bahawa PAS semakin penting dan mampu untuk menjadi sebuah parti yang proaktif, progresif serta tidak berfikiran konvensional. ( ha ha ...terbkti dah tempelak pkr dan dap)
"Masyarakat juga sedang melihat dan bertanya apakah PAS serius dan mampu untuk merealisasikan cita-cita besar ini," katanya. Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS bukan lagi sebuah parti kecil yang bersifat kedaerahan atau kenegerian. ( sedar pun salahudin bahawa parti tu sebelum ni kenegerian)
Sebaliknya, semua ahli PAS harus mengubah persepsi masyarakat bagi melihat parti itu sebagai sebuah kuasa yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat dalam skop yang lebih luas dan positif.
Tambahnya lagi, PAS harus memandang ke belakang sebagai sempadan dan melihat perjuangan serta perit jerih pemimpin yang lalu bagi membina sebuah perjuangan yang sekarang ini telah berjaya melayari bahtera untuk menuju ke Putrajaya.
Sehubungan itu, katanya maka ahli PAS harus menjadikan gerakan Islam yang selama ini menjadi teras perjuangan digarap dan berhadapan dengan rakyat untuk membawa negara ini ke mercu jaya yang menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang disegani bersama dengan rakan-rakan seperti PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
kesimpulan : pas dan pkr sedang ranap. sayang dalam tersurat. dendam kesumat dalam tersirat. siapa yang akan tikam siapa ?