feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AMK SENDIRI TAHU YUSMADI TAK LAYAK.KESIAN PENGUNDI BALIK PULAU TERSILAP PILIH.

SUMBER : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Adakah pilihan Anwar semestinya tepat? ( bukankah amk sendiri mengakui bahawa pilihan anwar tak semstinya tepat.dengan kata lain anwar tak pandai memilih)contoh selepas PRU 12, YB Yusmadi adalah pilihan Anwar untuk menjadi Ketua AMK P.Pinang. Shamsul Iskandar terpaksa turun ke P.Pinang berbincang dari hati ke hati, ternyata dalam 10 yang hadir 6 menolak Yusmadi dan 4 lagi akur dengan kehendak Anwar akhirnya YB Yusmadi dlantik juga menjadi Ketua AMK P.Pinang. (ini bukti anwar kuku besi dan menolak suara demokrasi. baru dalam parti dah terbukti. kalu jadi PM bagaimana?)

Apa jadi AMK P.Pinang dibawah Yusmadi? hancur lebur AMK P.Pinang hingga akhirnya Shamsul Iskandar terpaksa pula melantik Amir Ghazali untuk gantikan Yusmadi. Inilah padahnya bila demokrasi dilacuri atau diliwati. ( siapa yang lacuri demokrasi? ayat ni sindiran kepada anwar atau siapa. aku rasa pada anwar ni jika dikaitkan dengan perenggan di atas.)Kita kena akur dengan demokrasi biarpun keputusan tidak memihak kepada kita tetapi itulah erti demokrasi.

Anwar kalau boleh mahukan mereka yang Profesional, ya betul.. mereka profesional dari segi kelulusan akademik atau kerjaya mereka tetapi ada sesetengahnya mereka tidak profesional dari segi gerak kerja politik. Anwar semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO atau Timbalan Presiden UMNO memang mudah mengawal pemuda umno dulu sebab mereka terikat dengan projek. Jika melawan alamat nak mampus...projek hilang. ( aik apa kaitan dengan umno pula?macam tak puas dengan anwar jer bro.....pemilihan amk pun ada kaitan dengan umno. kalau kalah nanti pun salah umno?pelik pkr ni)

Tetapi AMK bukan macam Pemuda UMNO yang begitu mudah dicucuk hidung. AMK dididik dan diajar oleh Anwar Ibahim sendiri untuk menentang kronisme dan nepotisme serta berjuang untuk menegakkan keadilan dan mengajar erti demokrasi. ( ayat ni paling aku tergelak. dia kata amk bukan macam pemuda umno mudah dicucuk hidung. tapi kenapa 4 sahaja yang suka yusmadi sebab anwar dan 6 menolak akhirnya terima apa yang anwar suka. bukan ke namanya tu amk amat mudah dicucuk hidung. aku tak cakap dan hang yang tulis....hu hu. cian dia. meludah kena ke muka sendiri)