PERMATANG PASIR : YANG RAKYAT TAK TAHU PKR, DAP DAN PAS ROMPAK WANG RAKYAT
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
DULU DAP YANG MENENTANG PEMBINAAN JAMBATAN INI. MINTA DIHAPUSKAN TOL. KENAPA DI BAWAH KUASA KERAJAAN NEGERI, DAP TAK BUAT DISKAUN TOL PADA PENGGUNA. LAGI MEROMPAK ADALAH.
Pemuda Gerakan Desak Kembalikan Penggunaan Kad Diskaun Jambatan Pulau Pinang July 20, 2009
Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri dan Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) membenarkan semula penggunaan kad Touch'n Go dengan diskaun 20 peratus bagi bayaran tol Jambatan Pulau Pinang.Naib Ketua Pemudanya, H'ng Khoon Leng berkata penamatan diskaun itu bagi kad Touch'n Go yang dibeli mulai 1 April lepas membebankan penguna."Kami mahu kerajaan negeri buat sesuatu untuk mengembalikan semula penggunaan kad diskaun berkenaan bagi meringankan beban pengguna Jambatan Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorundum mengenai perkara itu kepada Timbalan Pengurus Besar PBSB Ir Abd Rahman Hassan.
Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) April lepas memaklumkan PBSB menamatkan diskaun 20 peratus bayaran tol Jambatan Pulau Pinang berkuat kuasa 1 April ( BAYANGKAN HAPUS 20% BERAPA JUTA UNTUNG SETIAP HARI DAN ROMPAK WANG RAKYAT????CELAKA PUNYA PAKATAN RAKYAT)
.Beliau dilaporkan berkata syarikat konsesi itu terpaksa berbuat demikian untuk menghentikan perbuatan penyalahgunaan kad diskaun yang semakin banyak berlaku kerana keistimewaan itu hanya untuk penduduk Pulau Pinang.Bagaimanapun pengecualian diberi kepada pemegang kad berkenaan yang memilikinya sebelum 1 April lepas.H'ng berkata penggunaan kad itu telah lama diberikan kepada pengguna dan sepanjang tempoh itu tidak pernah timbul masalah besar berhubung perkara berkenaan."Jika ada masalah sekarang mengapa kerajaan negeri tidak cuba selesaikannya sebelum keputusan itu diambil. Ia menghukum serta membebankan pengguna," katanya yang kecewa dengan keputusan berkenaan.Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan dan rungutan daripada pengguna Jambatan Pulau Pinang berhubung keputusan itu.Sementara itu, Abd Rahman berkata beliau akan menyerahkan memorandum itu kepada Lembaga Pengarah PBSB untuk tindakan lanjut.Sehingga April lepas kira-kira 250,000 pengguna memiliki kad Touch'n Go dengan diskaun 20 peratus dan daripada jumlah itu, sebanyak 117,000 adalah penguna aktif, katanya.
P/ S : BAYANGKANLAH 250 000 PENGGUNA .......MAK AI BANYAK NYER DIA ROMPAK WANG RAKYAT.