feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERMATANG PASIR ( UNTUK PENGUNDI CINA) : KAUM CINA DI TIPU DI KEDAH.

Dasar berbau "perkauman" yang terpesong dari pendirian PR, malah memperlekehkan masyarakat Cina digubal, mencetuskan kekecewaan dan kemarahan komuniti Cina tempatan.
"Sebelum 8 Mac 2008, saya berusaha untuk memastikan ahli keluarga saya, kawan saya, jiran saya mengundi untuk PAS. Pada pilihan raya umum yang akan datang, saya akan memastikan ahli keluarga saya, kawan saya dan jiran saya tidak mengundi PAS!"Demikianlah yang diperkatakan oleh seorang pemaju Cina di Kedah kepada MerdekaReview ketika ditemuramah. Suara masyarakat Cina dengan lantang berbunyi, "seandainya kerajaan Kedah tidak akur kepada suara rakyat, memperbetulkan apa yang salah dengan segera, maka orang Cina di Kedah sanggup mengembalikan 'kerajaan lama yang tidak berubah untuk 50 tahun', daripada mengekalkan 'kerajaan baru yang makin ubah makin teruk'. ""Kedah di bawah PAS" bakal jadi sejarah Penetapan kuota perumahan 50% untuk bumiputera, yang diumumkan Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak (gambar kiri) pada tahun 2008, telah menggoyah keyakinan komuniti Cina terhadap pimpinan kerajaan PR. Isu pusat penyembelihan khinzir yang menggemparkan baru-baru ini, memusnahkan terus keyakinan komuniti Cina terhadap kerajaan PR di Kedah.
Antara 22 kerusi yang dimenangi PR, PAS merangkul 16 kerusi, DAP hanya satu dan PKR memiliki 5 kerusi; sementara 14 kerusi yang dimiliki BN, 12 kerusi menjadi milik UMNO, MCA dan Gerakan masing-masing mempunyai satu kerusi.Dalam barisan Exco Kedah yang terdiri daripada 11 orang, 8 orang dari PAS dan selebihnya dari PKR, iaitu Mohamad Radzhi Salleh dari Lunas, Manikumar Subramaniam dari Bukit Selambau, dan Tan Wei Xu (gambar kanan) dari Bakar Arang. DAP dengan hanya seorang ADUN dari Kota Darul Aman, Lee Guan Aik tidak mendapat tempat dalam barisan Exco Kedah.

SUMBER : *Analisa ini ditulis Chan Wei See, Editor MerdekaReview, diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.