PERMATANG PASIR : STRATEGI PAS DIKENAL PASTI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
malam semalam blogger bersyukur kerana dapat berjumpa dengan ramai sahabat handal dari parti pas yang sekarang ni sedang bergelombang jiwa mereka untuk menghadapai pilihanraya. gelombang semangat ini berdasarkan kpi blogger yang tersendiri iaitu mereka bercakap dengan penuh semangat membincangkan strategi kali ini. ada yang menyampuk sambil bergurau, " apa kita nak takut, letak batang pisang pun kita boleh menang""orang bukan mau lagi dah umno pelaq tu????.tersentak hati blogger mendengarnya dari mulut seorang pejuang islam kononnya. apapun inilah yang berlaku dalam gerakan jemaah pas sekarang.berdasarkan kepada perbincangan para sahabat, ternyata bentuk kempen yang akan digunakan adalah berbentuk statik dan telah diduga oleh blogger sendiri. berikut ialah antara tektikal kempen yang bakal pas dan pr gunakan :
1. kempen bermotor oleh anak-anak muda berjalan seperti biasa. mereka akan bergerak pada waktu petang terutama pada waktu orang sedang pulang dari kerja, waktu malam dalam lingkungan masa antara 9.00 hingga 10.00 dan penututp bermotor antara jam 11.00 hingga 12.00
2. pengedaran risalah secara terbuka akan dibuat ditepi jalan raya atau di bulatan bukit tengah, masjid , surau
3.pengedaran risalah juga akan dilakukan oleh agen mereka yang berkhidmat di kilang atau agensi kerajaan.
4. gerak saraf melalui perbualan memburukan kerajaan dijalankan di tempat kerja ahli pas
5. tayangan cd anwar, hj hadi dan kepimpinan pas secara berterusan pada waktu malam di bilik gerakan masing-masing
6. tayangan cd tertumpu kepada cd perhimpunan isa oleh pas dan gmi, ceramah liwat anwar, kes teoh
7. dewan muslimah dan an nisa pula akan menjalankan gerak kerja dari rumah ke rumah dengan membawa buah tangan masing-masing dan memeriksa daftar mengundi
8. unit amal akan menjalankan kawalan penuh pada masa hari penamaan calon dan setiap ceramah mini.
9. banner akan dibina dalam 2 bentuk iaitu secara tulisan tangan ( kain putih ) dan secara cetakan. banner yang dibuat tertumpu kepada najib altantunya, gambar patung najib, rasuah pelabuhan kelang, gambar teoh ( khusus untuk sentimen cina), gambar anak-anak pemimpin umno yang terlebih sosial, gambar lee kuan yew bertemu rosmah, gambar kapal selam dll.
10. kempen juga disampaikan melalui kuliah maghrib , kuliah selepas isyak, khutbah jumaat dan majlis tazkirah puasa.
p/s : sumber lain bakal menyusul.