PERMATANG PASIR : SELAMA INI KERAJAAN PUSAT YANG BANTU PENANG
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Kerajaan negeri harap 11 projek yang diluluskan dibawah RMK9 untuk memperbaiki infrastruktur destinasi pelancongandi Negeri Pulau Pinang sebanyak RM 103 juta boleh dimulakan seperti
menaik taraf sistem keretapi Bukit Bendera,
Peningkatan Kawasan Tarikan Pelancongan bagi Jajaran Pantai Batu Ferringhi,
Taman Metropolitan di Relau,
Pembangunan Pelancongan di Taman Kebun Bunga
Taman Perbandaran Pulau Pinang,
stesen keretapi bawah Bukit Bendera,
Penang Pier,
Pembangunan Muzium PerangPulau Pinang
dan Batu Kawan.
Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan utama dan terkemuka dalam IMT-GT juga perlu dinaiktaraf meliputi pendalamandermaga dan pelebaran limbungan kontena bagi mengendali
tambahan jumlah kontena dan kapal kontena yang lebih besar.Sebagai langkah pertama kerja-kerja pendalaman North Channelsebanyak RM 323 juta harus dipulihkan di bawah Rancangan
Malaysia Ke- 9. Adalah diharapkan projek Pembangunan SemulaTerminal Penumpang Swettenham Pier dan Tanjong City Marina
Lapangan Terbang Antarabangsa PulauPinang perlu diperbesarkan dan dinaiktaraf bagi menyediakankemudahan untuk pesawat Airbus 380 dan Boeing 747 sertamenampung peningkatan jumlah penumpang dan kargo. Untuktujuan ini RM 1.7 bilion diperlukan oleh kerajaan pusat selaindaripada membina Kompleks Maintenance Repair Overhaul (MRO)dan Fixed Based Operation (FBO).
Projek yang diluluskan di bawah Kajian Separuh PenggalRancangan Malaysia Ke Sembilan adalah sebanyak RM327.65 jutabagi melaksanakan Projek Tebatan Banjir (RM288.65 juta),Pengurusan Sungai (RM35.5 juta) dan Projek Kawalan Hakisan Pantai serta Saliran Bandar (RM3.5 juta). Setakat ini sebanyakRM138.8 juta (42 peratus) telah dibelanjakan oleh Jabatan Pengairandan Saliran dan diharapkan baki peruntukan lain dapat dipercepatkanpemberiannya.
p/s : mana pi duit kerajaan negeri yang sedia ada yang dap dan guna untuk anak beranak. mana janji anwar nak tarik pelaburan ?