feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERMATANG PASIR : PR SELANGOR HINA MELAYU DENGAN BINA KUIL

PIC 1
PIC 2

PIC 3

PIC 4

SHAH ALAM 16 Ogos - Kira-kira 200 penduduk Islam di Seksyen 23 di sini berkumpul secara aman di hadapan tapak kuil seluas 0.2 hektar di kawasan perumahan mereka bagi membantah keputusan pembinaan rumah ibadat tersebut. Kesemua mereka berkumpul kira-kira pukul 10 pagi sambil membawa sepanduk dan kain rentang mengandungi tulisan yang mencemuh pemimpin pakatan pembangkang kerana berlaku tidak adil kepada mereka serta tidak menghiraukan perasaan majoriti masyarakat beragama Islam.
Walaupun berkumpul tidak sampai sejam kerana mematuhi arahan polis,( TAHNIAH !!! SEBAB IKUT ARAHAN POLIS. TAK MACAM PAS , DAP DAN PKR) para penduduk terbabit sempat meluahkan rasa kecewa dengan keputusan kerajaan negeri kepada para pemberita yang datang membuat liputan. Salah seorang daripada mereka yang merupakan Ahli Jawatankuasa Penduduk Seksyen 23, Ramze Ramli berkata, penduduk kawasan itu akan melakukan bantahan berterusan sekiranya kerajaan negeri tidak menarik balik keputusan itu. Menurutnya, pada awalnya penduduk hanya mendengar khabar angin tentang pembinaan rumah ibadat itu di kawasan mereka, tetapi bila siasatan dilakukan, perkara itu ternyata benar.
"Kami dapat tahu perkara ini apabila mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pada Mei lalu dan juga telah menunjukkan lokasi di mana rumah ibadat itu akan dibina. "Kami kemudian menyatakan pendirian majoriti penduduk yang tidak bersetuju dengan pembinaan kuil itu, tetapi malangnya beliau tidak memihak kepada penduduk, sebaliknya menyuruh kami bertoleransi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Katanya, keputusan Khalid itu amat menghampakan dan mendukacitakan penduduk kawasan berkenaan kerana pemimpin itu seolah-olah menyokong pembinaan kuil tersebut. Ramze memberitahu, pada Jumaat lalu, mereka juga telah menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu tiga, Rodziah Ismail, tetapi wakil rakyat itu tidak berada di pejabatnya walaupun telah dimaklumkan terlebih dahulu penduduk mahu datang menemuinya. Ujar Ramze, sebagai penduduk, beliau rasa terkilan dengan tindakan Khalid dan Rodziah yang seolah-olah tidak mahu mendengar keluhan rakyat. "Di mana tanggungjawab mereka yang sepatutnya mereka tunjukkan kepada rakyat sebelum menang pilihan raya. Kata nak jaga kebajikan rakyat, tetapi tidak ditunaikan apabila rakyat betul-betul memerlukan bantuan dan sokongan mereka," ujar beliau.
Pengerusi Badan Bertindak Persatuan Penduduk Seksyen 23, Ahmad Mahyuddin Manaf pula berkata, kepimpinan pakatan pembangkang seperti sudah tidak peka dengan sensitiviti kaum Islam di kawasan itu. Kata beliau, sepatutnya perkara itu tidak berlaku kerana tapak pembinaan kuil itu kira-kira 50 meter sahaja daripada surau dan hanya 10 meter daripada taman permainan kanak-kanak. Ujarnya, bukan itu sahaja, tetapi jumlah majoriti penduduk kawasan itu juga dimonopoli oleh kaum Melayu Islam iaitu sebanyak 70 peratus, kaum India (17 peratus) dan kaum Cina (12 peratus). ''Sepatutnya, kerajaan kena fikirkan baik dan buruknya pembinaan kuil tersebut apalagi ia dibina di kawasan yang ramai penduduk Islam,'' katanya lagi.
INILAH PAS DEMI KAFIR