feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERMATANG PASIR : ORANG PAS BACA SEMULA ARKIB HARAKAH

bakal calon permatang pasir selain mutalib, salleh man, mujahid yusof


KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Kerana enggan membelanjakan RM100 ribu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya. Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak. "Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu. "Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald," kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.



Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana "tidak ada apa yang hendak dirahsiakan". Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan. Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal. "Di rumah, dia biasa sahaja dengan "seluaq katok" (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri? "Dia (Lim) jawab: 'Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya' "Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu," kata Mohamad Sabu. Walaupun perkara itu bukanlah perkara baru baginya, memandangkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 memilih kehidupan yang sederhana, begitu juga Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu, Naib Presiden PAS itu tetap merasa bangga dengan sikap sederhana dan rendah diri Lim itu. "Saya bangga kerana dia takut nak belanja wang rakyat RM100 ribu sedangkan Perdana Menteri gasak sehingga RM15.81 juta untuk ubahsuai kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya.




p/s : ha ! ha ! kan pas kena tipu hidup hidup. gaun eng kata nak duduk rumah sendiri masa mula dapat kuasa. sekarang kos baik pulih tahap pertama dah rm 122 000 dan pemuda erakan laporkan baru baru ini dekat rm 300 000. ha!!! ulaslah wahai mat sabu al khalwati. nak lawan kuasa Allah? pas yakin mereka menang di permatang pasir. tapi ingat pa, kamu menang dalam kekalahan seperti di manik urai. kamu berdoa , umno juga berdoa. kamu jangan ingatAllah tu milik pas.....yang pelik orang pas tak terasa terhina pula bila kena bohong hidup hidup ini. nak terhina ? kata kawan blogger . dapat jawatan glc dengan PBA terus senyap sebab kes duit.