feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERMATANG PASIR : LEPAS SEKSYEN 23, SEKSYEN 22 PULA DAPAT HADIAH KUIL ( UPDATE )

Kuil: Kerajaan Selangor tetap luluskan SHAH ALAM 18 Ogos
Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahan penduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana tapak tanah seluas 0.2 hektar di Seksyen 23 itu dirasakan paling sesuai, selain telah mendapat persetujuan pihak pengurusan kuil di Seksyen 19, tahun lalu. Menurutnya, cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 adalah sebahagian daripada proses perpindahan rumah ibadat itu di Seksyen 19 dan ia diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri, Dr. Xavier Jayakumar sebelum ini. ‘‘Buat masa ini, kita akan teruskan usaha itu (bina kuil di Seksyen 23).
Dalam masa yang sama kita juga, akan memberikan penjelasan kepada penduduk di Seksyen 23 termasuklah penduduk di Seksyen 19 untuk selesaikan perkara ini. ‘‘Sebelum ini, kerajaan negeri telah cari tapak bersesuaian untuk mengalihkan kuil di Seksyen 19 tetapi kita rasa tapak baru di Seksyen 23 yang paling sesuai. “Jadi saya rasa isu ini dapat diselesaikan jika semua pihak (termasuk penduduk) bertimbang rasa,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri serta merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. Semalam, penduduk Islam Seksyen 23 memberi amaran akan meneruskan bantahan sekiranya kerajaan negeri tetap dengan keputusan untuk membina kuil tersebut berhampiran kawasan mereka.
Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditanya mengenai cadangan pemindahan tapak kuil itu di Seksyen 22 seperti diputuskan oleh kerajaan negeri sebelum ini berkata: ‘‘Kawasan tapak itu di Seksyen 22 tidak munasabah kerana kedudukannya terlalu jauh selain menyukarkan penganut Hindu untuk menjalankan kegiatan keagamaan mereka.’’ Menurutnya lagi, dalam hal yang melibatkan pembinaan rumah ibadat sama ada surau, masjid, gereja, kuil dan sebagainya di Selangor, ia perlu berasaskan kepada permintaan majoriti penduduk. ‘‘Sebab itu, kalau kita letakkan terlalu jauh (Seksyen 22), ia tidak munasabah. Jadi kita harap semua penduduk perlu ada kerjasama dan bertimbang rasa dalam soal ini,” jelasnya.
P/S : DI PULAU PINANG, MALIK ITIK PI MARAH AJK SURAU AN NUR TAMAN TUN SARDON PASANG PEMBESAR SUARA DENGAN KUAT. CELAKA PUNYA MALIK!!!HARAMJADAH PUNYA MALIK!!!!