feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERMATANG PASIR : BUKTI BIJAKNYA PEMIMPIN UMNO ( UPDATE)

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM38,027,108 bagi tahun 2008 berbanding tahun 2007 sebanyak RM34,336,813 dengan kenaikan kutipan RM3,690,295 atau 10.75 peratus, kata Yang Dipertua Maipp, Shabudin Yahya.

Keseluruhan zakat harta yang berjaya dikutip sejak penubuhan Pusat Urus Zakat (PUZ) pada 1994 sehingga tahun lalu ialah RM251,166,908.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan, Zakat Pendapatan mencatatkan kutipan paling tinggi iaitu RM22,162,696 (58.28%) mengalami kenaikan RM3,536,383 (18.99%) tahun 2007.
Kutipan kedua tertinggi ialah Zakat Perniagaan iaitu RM6,595,708 (1734%) namun ia mengalami sedikit memerosotan sebanyak RM1,700,138 (-20.49%) berbanding tahun 2007.
Manakala Zakat Wang Simpanan yang berada di tempat ke tiga turut mencatatkan kenaikan sebanyak RM540,441 (12.99%) berbanding tahun 2007 iaitu kutipan sebanyak RM4,701,903 (12.35%). Menurutnya lagi, pada tahun ini Maipp melantik 1,587 orang Amil Zakat Fitrah melibatkan 214 pusat kutipan. "Selain kutipan Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan dan Zakat Wang Simpanan satu lagi kutipan ialah Zakat Fitrah yang mana menunjukan kecemerlangan apabila RM3,949,242 berjaya dikutip berbanding tahun 2007 sebanyak RM2,778,805 iaitu peningkatan RM1,170,437 atau (42.12%), " tambahnya di hadapan 500 penerima bantuan zakat dari lima daerah seluruh Pulau Pinang.
P/S : bukti Allah merahmati kepimpinan UMNO yang mengemudi zakat Pulau Pinang. Moga Allah murahkan lagi rezki