PERMATANG PASIR : APABILA BAJET PR MENGGUNAKAN BAJET BN
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Pembangunan Infrastruktur dan Utiliti
18. Kerajaan Negeri ( mengaku dan dasar muka tak pemalu kerana ini projek BN ) sememangnya sentiasa memberi fokus kepada peningkatan tahap kemudahan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik. Projek Pelebaran Jambatan Pulau Pinang sedang giat dijalankan dengan kos sebanyak RM585.6 juta.( guna duit pusat )Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Untukmengurangkan kesesakan berikutan kerja-kerja pelebaran yang sedang dilaksanakan, larangan bagi kenderaan berat menggunakanjambatan ketika waktu puncak telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos 2008. Pada masa yang sama, perkhidmatan feri beroperasi mulai jam6.00 pagi telah dilanjutkan sehingga jam 2.00 pagi, manakala padahari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum beroperasi 24 jam sehari.( kad touch n go pula di potong diskaun asal 20 % masa zaman bn. PR rompak wang rakyat)
19. Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bernilai RM4.3bilion merupakan projek mega yang penting dalam menambah peluang perniagaan dan pertumbuhan ekonomi serta mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ia menghubungkan Batu Kawan di SeberangPerai dan Batu Maung di bahagian pulau. Pembinaan secara rasmi bermula pada 8 November 2008 dan dijangka siap dalam Mei 2012 tetapi telah dijanjikan akan berusaha untuk menyiapkannya pada akhir 2011. Kerajaan Negeri menghargai usaha kerajaan persekutuan dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Ir. Hj. Zaini binOmar selaku Pengarah Urusan, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. Yangmenjayakan usaha ini.( masa hari pertama dapat kuasa ,.....ingat apa guan eng kata " kemungkinan besar pembinaan jambatan kedua akan dibatalkan. bila orang cina marah, guan eng alih isu kata jambatan tu kos mahal dan membazirkan wang rakyat. tapi masa dalam bajet, masukan sekali . kenapa ? jika jambatan kedua tiada , maka kawasan batu kawan dan tambun akan berkubur dan semua projek perumahan di situ di bawah pemaju cina.