MULIA SANGAT KE PAKATAN RAKYAT
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
RASUAH PELAK DAP
Lima pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di Shah Alam Rabu. Pegawai berkenaan dikatakan mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan. Dalam serbuan kira-kira 5 petang, SPRM turut merampas sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) dari pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Seri Kembangan itu yang terletak di tingkat 15 bangunan berkenaan. Setiausaha politik Yong, Teoh Beng Hock, turut ditahan oleh pegawai SPRM untuk disoal. Yong adalah antara tujuh Adun dan anggota Exco yang disiasat oleh SPRM kerana didakwa menyalahgunakan peruntukan negeri yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Petaling. Bernama melaporkan difahamkan SPRM memulakan siasatan selepas menerima aduan daripada pihak yang mendakwa mereka tidak menerima wang daripada peruntukan itu. Selain Yong, enam lagi Adun yang turut disiasat ialah Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku). Pada sidang akhbar sebelum itu, Yong berkata tiga pegawai SPRM datang ke pusat khidmat beliau di Sri Kembangan kira-kira 12.30 tengah hari untuk mencari dokumen.
P/S : apa lagi pr..kes ampang pun kalut. azmin dah kering poket. pemuda amk ampang nak projek. gila punya pelaq ni buat kerja.