feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

ADUN PAS JUTAWAN YANG MENGGATAL

ADUN PAS JUTAWAN, MUTAAH RM3JUTA
Janda Jutawan. Siapa nak kahwin dengan Aishah boleh 'tander' sekarang. Perlu jaga dua orang anak sahaja. Waduh-waduh kaya juga yea jadi ADUN Kelantan. Hendak jadi ADUN pun senang, tak perlu belajar tinggi. Tak pandai membaca pun boleh jadi ADUN Manik Urai!!! Kata PAS, orang Kelantan miskin sebab royalti minyak tak dapat sebab diskriminasi yang diamalkan oleh BN. Itu sekarang tetapi semasa Nik Aziz menjadi MB Kelantan sebelum Hussam Musa dilantik ‘setiausaha’, beliau kata, kemiskinan orang Kelantan adalah kerana takdir bukan kerana usaha yang kental, perancangan jitu, keuntungan antara modal dan kos, bekerja atau berniaga. Senang cerita, kalau kaya sebab takdir macam menantu dan anak Nik Aziz. Kalau papa kedana pun sebab takdir. Kalau mati terjun bangunan pun kerana takdir.
Kalau masuk ke universiti pun kerana takdir juga ke! Bercakap fasal takdir, kalau ADUN PAS misalnya Wan Ismail Jusof menjadi jutawan kira tambah tolak sebab takdir juga. Betul ke abe MIE kata Ustaz Wan kita ini mempunyai wang yang banyak selain isteri yang ‘banyak-banyak’? Kalau tak betul masakan bekas isterinya menuntut nafkah dari mantan suaminya sebanyak RM3 juta. Brother, tiga juta duit Malaysia bukan Bath dari Thai atau money-money dari Indonesia. Bayangkan kita melihat kesusahan yang dialami oleh adik SPM20A, Nik Nur Madhihah yang hanya makan kepala ikan kering dan sebiji telur yang dibahagi dengan adik-adik lain setiap hari. Begitu juga saudara-mara dan jiran-jiran Madhihah, hidup di rumah beralaskan atas daun kelapa atau zink yang berlubang menunggu sahabat hujan dan panas setiap saat. Susahkan, adakah itu berpunca daripada wang Petronas atau kegagalan pentadbiran PAS membawa reformasi ekonomi pada rakyatnya sejak sekian lama? Kita salahkan takdir aje, senang cerita. Sama juga kita salahkan Allah sebab suruh kita jadi orang miskin.
Pandir sangat kita dengan fatwa-fatwa orang politik dari PAS yea. Menurut sumber, Wan sebenarnya seorang jutawan hasil tender-tender balak di Kelantan sejak 10 tahun yang lepas. Bukan Wan seorang, malahan beribu ADUN dan penghulu, penggawa, AJK PAS, iman masjid dan EXCO PAS ada ‘nama’ dalam sebarang projek pembalakan di Kelantan. Kalau begitu orang Kelantan boleh disenaraikan sebagai penduduk terkaya di Malaysia jika diagihkan wang mereka semua ini dengan purata penduduknya!!! Menurut sumber itu lagi, Wan mengambil tender balak dan setiap tender itu dia akan memperoleh komisen yang agak lumayan. Tok Guru tak kisah sebab itu komisen bukannya rasuah. Kalau dalam UMNO, komisen pun dikatakan rasuah. Misalnya 10-25 peratus daripada keseluruhan hasil yang ditenderkan.
Kalau RM50 juta nilai balak, jadi Wan mampu memperoleh lebih RM10juta dengan hanya memegang kertas dan pen sahaja. Yang bekerja ialah pekerja Indonesia dari kaum Lombok dan Madura, manakala tokehnya pula orang Cina dan India dari Singapura. Apabila ditanya peguam isterinya Siti Aishah kenapa menuntut sebanyak RM3 juta dalam kes tuntutan mutaah, dia memberitahu mantan suami Aishah seorang yang kaya dan banyak duit. Tiga juta bukannya banyak kalau hendak dilihat semua wang yang dia tanam dalam bank dan pendapatan yang diperoleh pada setiap tahun. Wah! hebat juga tuntutan nafkah Siti Aishah dari Kemboja. Sudahlah kahwin import kat luar negeri dengan Wan sebab takut kena ‘mangkuk terbang’ dari bini sulung, senang-senang orang Kemboja dapat kerakyatan pula tu. Bukan itu saja, bahkan seluruh ahli keluarga Siti Aishah pun kini menunggu menjadi warga Malaysia. Selepas menjadi warga Malaysia, mereka semua mahu hidup kaya di Kelantan dengan senang- lenang. Tak perlu bawa lori pasir atau membawa lori balak sebaliknya hidup bagai cendawan atas kekayaan Wan. Orang Kelantan yang berkurun dari keturunan Melayu atau Siam hidup merempat di negeri sendiri. Kerja siang malam. Aishah yang datang ke Kelantan yang dihiasi permata. Siti Nurhalizapun kena menyanyi siang dan malam hendak hidup sesenang dia miliki kini. Kata Aishah, dia menuntut wang sebanyak itu untuk menyara dua orang anaknya. Agaknya anak Aishah makan daging unta setiap hari sebab hendak habiskan RM3 juta tu kira banyak. agaknya Aishah dan anaknya makan RM450 sehari.
Itulah alasannya untuk menuntut nafkah dari jutawan Wan. Bayangkan kalau Wan adalah ADUN UMNO, sudah tentu dia dikatakan menyeleweng wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Dalam PAS, kekayaan Wan kerana takdir. Aishah, keturunan Kemboja sudah menjadi jutawan tanpa wang tuntutan kerana memiliki beberapa buah kedai dan memiliki perniagaan kain. Dia hanya goyang kaki sebab orang Kelantan yang uruskan. Dia juga ada syer dalam syarikat tertentu termasuklah dalam perbadanan kerajaan negeri Kelantan.