feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

TUAN IBRAHIM TUAN MAN PULA SOKONG KERAJAAN PERPADUAN

ONE MUQABALAH
Idea pimpinan tidak rugikan parti, Pakatan Rakyat - Tuan Ibrahim Tuan Man Azamin Amin Wed Jun 10, 09 9:47:33 am MYT



KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - "PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat." Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat. "Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya. "Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya," kata Tuan Ibrahim dalam blog peribadinya. Ramai yang membuat pelbagai tafsiran dan andaian apabila Presiden PAS mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan namun katanya kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.



p/s : kedudukan anwar semakin goyah di dalam pas.tidak rugi pas bersekongkol dengan umno dan bn. mengapa pas tidak mahu mengadu kepada anwar. umno lebih nampak islam daripada pkr. atas dasar ego sahaja pas menolak umno.justeru, sekalian egen parti pas pro ulamak sedang bersiap sedia menguruskan hal ehwal muqabalah ini.manakala egen parti pas pro erdogan pula mencari jalan menjahanamkan rancangan ini.menurut sumber , dari ibupejabat parti pas, blogger menerima signal jelas bahawa muqabalah ini adalah peringatan hj hadi kepada anwar.