feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERPADUAN YANG MENCURIGAKAN

mustafa diselar dengan kejam oleh kem tok guru dan husam.kenyataan mustafa selaku setiausaha agong pas terhadap kerajaan perpaduan, menidakkan muktamar pas. perpaduankah pas?


Mengulas lanjut, Nasharudin berkata, isu kerjasama antara Umno dan PAS ini bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa terdekat kerana memerlukan penjelasan secara terperinci. "Ini adalah perkara baru dan perlu diperjelaskan. Kita memberi keutamaan kepada Muktamar (untuk memutuskan), bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan esok atau lusa," katanya. Beliau juga menegaskan bahawa kerjasama antara Umno dan PAS bukan bermakna PAS akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN) sebaliknya hanya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda negara termasuk ekonomi, politik dan pendidikan.
"Persoalan PAS masuk BN dan Umno tidak pernah ada dalam mana-mana agenda pemimpin PAS, yang ada hanyalah kita tidak menutup ruang kepada sesiapa pun," katanya. Katanya, isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Abdul Hadi akan dibincangkan pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Isnin ini. Berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan mana-mana ahli PAS yang menyokong cadangan kerajaaan perpaduan sebagai boneka Umno, Nasharuddin berkata: "Kalaulah ada persepsi cadangan kerajaan perpaduan untuk bawa PAS masuk Umno dan BN, saya katakan tidak ada sebarang niat (ke arah itu)."
p/s : umno pun tak ingin join dengan pas.