feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KERAJAAN PERPADUAN : FANTASI UKHUWAH ISLAMIYYAH DALAM PAS

pas dan umno belum sampai lagi ke tahap hubungan friendship
bagi pas, umno ialah musuh dan bukannya kawan.pas hanya mahu berkawan dengan pkr dan dap kerana bagi mereka segala dendam akan berbayar dengan melihat umno dibinasakan.inilah nilai dakwah seorang mursyidul am

9 Jun 2009. pagi ni blogger bersyukur kerana berkesempatan semula menulis dan mencoretkan secebis kata di dalam blog mysrimuara. seminggu meninggalkan mysrimuara amat rindu rasanya. perjalanan kepelusuk tanah air memberi beribu makna dalam kehidupan selama seminggu. karenah masyarakat dan perkampungan muktamar pas di shah alam adalah isu menarik sepanjang minggu lepas.isunya mudah sahaja ialah kerajaan perpaduan. bagi blogger isu muqabalah ni dah lapuk. tak perlu lagi kerajaan perpaduan. membazirkan masa kearah asas perpaduan itu telah dicemari dengan kecelakaan dalam prinsip berpolitik. pas berdendam dengan umno. mana boleh keikhlasan disulami dengan dendam. mana nak dapat barakah, sekiranya mazmumah mengatasi mahmudah.blogger tertarik dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih yakin dengan pendekatan kerajaan perpaduan untuk membawa perubahan lebih baik dalam negara ini . Hj Hadi berpaksikan kepada keputusan menyerahkan kepada parti-parti politik untuk mempertimbangkannya. hj hadi bagaimanapun akui idea itu suatu yang baru bagi rakyat dan tidak boleh terburu-buru untuk terus melaksanakannya. Menjelaskan tentang idea itu, beliau mengulangi kerajaan perpaduan bertujuan mewujudkan suasana politik yang lebih baik disamping menyelesaikan banyak masalah melibatkan politik, ekonomi dan sebagainya.

di dalam suatu aspek blogger jujur mempersetujuinya.dalam banyak aspek yang lain, blogger amat tidak menyukainya kerana nik aziz menentang dengan lantang sedangkan hj hadi sahaja yang beria-ia.mengapa umno perlu bentuk kerajaan perpaduan. ekonomi dan negara tak stabil ? itukah indikatornya? yang tak stabil sekarang ni bukannya sangat negara, tetapi pas itu sendiri tidak stabil. kepimpinan pas tidak stabil.blogger menyeru agar nik aziz bubar pas dan bersatu dengan pkr. tak perlu suruh umno bubar untuk bersatu dengan pas. mengapa nik aziz tidak mahu bersatu dengan pkr dan mempelawa pkr bersatu dengan mereka atas nama satu parti? anwar seorang aktivis islam.so, nik aziz tak perlu takut. Persoalannya mengapa tidak mahu ? mengapa disindir umno berterusan.umno pun tak perlu lagi layan karenah pemimpin pas yang tiada hala tuju dalam perjuangan islam. mereka menolak hudud dan cara hidup islam secara terang-terang. mat sabu dengan kempen anwar aljuburi telah hilang taring aljuburinya.mana taring aljuburi mat sabu. mahfuz kuda kayu anwar yang lantang kutuk anwar 13 tahun yang lalu, akhirnya menjadi pak turut bontot anwar sekrang.maka, dalam naib presiden pas , dapatlah seorang erdogan terlepas dan dalam ajk tertinggi pas , 8 orang dari ahlinya ialah dari kumpulan erdogan.kemaraan 8 orang ini akan mencapai matlamat menguasai pas untuk tempoh 2 penggal dari sekrang dengan melakukan kick off kepada nasaruddin dan menobatkan husam sebagai presiden pas bagi tempoh 3 ke 6 tahun dari sekarang.inilah yang blogger dengar pandangan kepimpinan pas kawasan selepas selesai muktamar.indikator mudah, nizar menang besar tempat pertama dalam ajk pas.tidakkah orang yang sama mengundi nizar sekiranya nizar bertanding timbalan presiden?mungkin, suasana itu akan berbeza sekiranya pas tewas teruk dalam election 13.
apapun, umno tidak perlu bermimpi di siang hari dan pas pula jangan selalu kerap sangat mimpi basah di malam hari sehingga terlupa mandi hadas besar di siang hari atau terlupa mandi hadas besar sebelum menunaikan solat subuh.mimpi indah pas di malam hari, akan dihancurkan oleh klimak besar dari kafir dap dan pkr.saksikan permainan ini.