KEMURKAAN ALLAH PADA GOLONGAN GAY/HOMOSEKSUAL/AL JUBURI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Ada orang menyangka mereka lebih tahu tentang dosa pahala. mereka menyangka mereka sahaja yg tahu,mereka menyangka mereka tersangat baik dan bagus,mereka menyangka mereka sahaja yang mengikut segala ajaran islam .merekalah erdogan pas dan anwar
Homoseksual iaitu hubungan seks antara lelaki dengan lelaki. Mengenai perkara ini Allah SWT berfirman maksudnya; "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas". (Asy Syuraa ayat 165-166)
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada dijelaskan: "Empat golongan yang pagi hari dalam kemurkaan Allah dan petang hari dalam kemurkaan Allah. Lalu ada yang bertanya; "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? Baginda menjawab; "Iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang bersetubuh dengan binatang dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki (homoseks)". (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi)
Homoseksual adalah perbuatan yang menyalahi fitrah, kerana sesungguhnya Allah menjadikan berahi yang normal itu adalah berahi antara lelaki dan perempuan. Maka perbuatan homoseks adalah sungguh-sungguh suatu keingkaran yang keji terhadap fitrah manusia dan keruntuhan akhlak yang sangat rendah. Homoseksual merupakan perbuatan keji yang dimurkai Allah. Sebagaimana yang dicontoh oleh Allah di dalam Al-Quran tentang kehancuran umat nabi Luth as disebabkan mengamalkan perbuatan homoseks.
Firman Allah;وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ * إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ
Maksudnya; “Dan Nabi Lut juga (kamu utuskan), Ingatlah ketka ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kamu? * sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”
Dari Firman Allah ini, Allah menggambarkan tindakan homoesksual ini merupakana amalan “fawahisy” atau amalan yang keji.Menurut Imam Al-Qurtubi, makna Fawahisy adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.
Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW:أربعة يصيحون في غضب الله ، ويمسون في غضب الله : المتشبهون من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال , والذي يأتي البهيمة ، والذي يأتي الرجل Maksudnya;“Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”(Kanz Al-‘Ummal : 16/73)
Disebalik kemurkaan Allah terhadap pelaku Liwat ini, Allah juga telah menyediakan hukuman di dunia yang perlu dilaksanakan terhadap orang yang melakukan amalan kaum Nabi Lut .Pendapat Jumhur ulama ini adalah disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu musa Al-‘Asyari, bersabda Nabi SAW;إذا اتى الرجل الرجل فهما زانيان
Maksudnya;“apabila seorang lelaki mendatangi seorang lelaki yang lain (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina” (Sya’b Al-Iman : 5221))Begitujuga hadis yang diriwayatkan daripada Ibni Abbas, bersabda nabi SAW
;مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ Maksudnya;“Barangsiapa yang kamu dapati mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, maka hendaklah kamu bunuh pembuat dan orang yang kena buat” (Sunan Abi Daud : 3869)
p/s : anwar telah dinobatkan sebagai aljuburi oleh mat sabu alkhalwati.umno menyingkirkan golongan peliwat.mengapa sekarang pas nak bertahan?dap , oklah sebab depa ni main depan dan belakang kira halal. jika anwar sah djatuhkan hukuman meliwat oleh mahkamah dunia, maka apakah pas akan benarka hudud ke atas wira mereka? daripada sumber dalaman pas, pas akan berpadu dengan umno dalam hal pentadbiran bagi melawan arus liwat anwar.