BUKTI KERAJAAN KEDAH TIDAK DIREDHAI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
MEREKA JUGA BERDOA AGAR PAS TIDAK MEMERINTAH KEDAH.TETAPI DOA MEREKA IALAH DOA SEORANG YANG BUKAN ISLAM.MAKBULKAH?
ALOR SETAR - Sebanyak 553 kes kebakaran membabitkan kebun, hutan, belukar dan lalang dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bahagian Operasi, Jabatan Bomba Negeri Kedah, Mohd Rapit Rosendin berkata, kebakaran itu banyak berlaku disebabkan cuaca panas di negeri ini yang dijangka berterusan sehingga penghujung bulan ini.Menurutnya, kes terbanyak dilaporkan berlaku sepanjang Januari hingga Februari, iaitu 25 kes kebakaran kebun, 131 kes kebakaran hutan, dan 369 kes kebakaran lalang dan belukar.“Bagaimanapun dalam bulan ini, menunjukkan penurunan dan ini mungkin disebabkan perubahan cuaca yang tidak lagi panas kering. Bagaimanapun langkah berjaga-jaga tetap diambil memandangkan kehadiran El-Nino tidak lama lagi,” katanya, ketika dihubungi.Mohd Rapit berkata, kawasan Alor Setar mencatatkan kes tertinggi, diikuti Sungai Petani dan Guar Cempedak.“Zon Kota Setar dan Kuala Muda paling banyak kes setakat ini bagaimanapun semua kes terkawal dan tidak serius,” katanya.
Menurutnya, nilai anggaran kerugian Januari hingga Mei yang dicatatkan mencecah RM23 juta manakala harta diselamatkan hampir RM200 juta.Kes kebakaran membabitkan rumah, premis perniagaan dan sebagainya pula sebanyak 1,053 kes sehingga Mei lalu.“556 kes pula adalah kes-kes lain di bawah kategori khidmat khas, iaitu kemalangan jalan raya, mangsa lemas, tumpahan bahan kimia, tangkapan ular dan memusnahkan serangga,” katanya.