feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

BETUL KATA USTAZ AZIZAN

SIFAT NIK AZIZ DIKESALI. APAKAH PAS SANGGUP BERHISAP LIDAH DENGAN SIKAFIR DAP DAN PKR?KLIMAKS APAKAH YANG NIK AZIZ MAHUKAN?MAHUKAN ISLAM MUSNAH DENGAN JILATAN LIUR DAP DAN PKR?
ALOR SETAR 17 Jun - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, masih terlalu awal untuk meminta Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pas dan juga Ahli Parlimen Bachok hanya disebabkan isu kerajaan perpaduan.Beliau berkata, ia juga bertujuan memberi keadilan kepada Nasharudin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencetuskan idea tersebut kerana kerajaan perpaduan belum lagi dilaksanakan.
"Kita perlu adil kerana bukan kuasa Nasharudin atau Hadi menentukan pembentukan kerajaan perpaduan, sebaliknya terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan."Terlalu awal untuk suruh letak jawatan, saya dengar apa dikatakan (Nasharudin) apabila orang pandang baik kepada kita (Pas) baguslah, apakah Nasharudin dah buat kerajaan perpaduan?'' katanya.


Mengenai Nik Aziz, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah memberitahu, ia merupakan hak Mursyidul Am Pas itu tetapi beliau seharusnya meminta penjelasan daripada Nasharudin dan Hadi berhubung isu tersebut."Tunggu dulu apa dikatakan oleh Hadi, kemudian bawa ke Jawatankuasa Pas Pusat, barulah kepimpinan buat keputusan. Terlalu awal buat keputusan, Nik Aziz kena minta penjelasan dahulu (Nasharudin dan Hadi) tentang apa yang dimaksudkan."Kita tidak boleh (buat keputusan) hanya berdasarkan kepada kenyataan akhbar kerana kesimpulan yang diambil tidak boleh berlaku adil kepada semua pihak," tambah beliau.
Ditanya sama ada Nik Aziz perlu mengadakan perjumpaan dengan Nasharudin dan Hadi berhubung isu tersebut, Azizan berkata, Mursyidul Am Pas itu boleh menghubungi kedua-dua tokoh berkenaan.
p/s : betul kata uzt azizan. ustaz azizan layak jadi mursyidul