feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KAMPUNG KUBANG ULU PENANTI

4/5/09. Jam 8.00 malam , blogger sempat berjumpa dengan seorang sahabat PKR dari cawangan PKR Kampung Kubang Ulu, Penanti ( berdekatan dengan gate keretapi.).banyak perkara yang kami bincangkan di gerai berdekatan sambil menghirup bihun sup.hampir sejam pertemuan, blogger bergerak ke yayasan aman untuk melihat program pada malam tersebut.perbualan banyak berkisar kepada masa depan pkr dan pilihanraya kecil penanti.blogger cuba membangkitkan kisah fairus.apa yang dikhabarkan semuanya berlaku kerana zaharin dan mansor sendiri.keinginan zaharin dilafazkan oleh anwar sendiri.memang benar fairuz selalu lewat dalam tindakan dan lewat datang ke pejabat.fairuz bukan keinginan pkr permatang pauh.gelombang perubahan yang berlaku mungkin secara tak sengaja. setakat ini persiapan jentera pkr berada di tahap 100% bersedia.pendekatan kekasaran akan terus digunakan.inilah kaedah psywar lama yang bakal digunakan di penanti.tentang berlawan dengan umno, sahabat blogger memaklumkan kehadiran umno bukanlah saingan kerana penanti adalah lubuk dan sukar untuk umno menang.begitu yakin sahabat blogger.namun, di dalam benak hati blogger, pkr terlupa kuasa Allah yang menggerakan hati pengundi untuk mengundi siapa.