feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

HUSAM LARI, PETANDA PENGARUH ANWAR MULA KALAH DALAM PAS

husam juga pernah dikaitkan mempunyai isteri kedua berbangsa cina dan tidak memaparkan nilai muslimah
kuncu-kuncu husam mengugut penerima projek RAKYAT bagi memastikan pas kawasan mencalonkan husam. husam adalah budak suruhan nyata anwar. lebih baik pas bergabung dengan pkr.lagi senang...........
Apa sudah jadi dengan Ketua Erdogan, sebelum ini terus menerus mencabar pemimpin UMNO berdebat, tetapi malam ini menjadi seorang pengecut ? Adakah masih berpuasa ? Atau sedang sibuk menyusun strategi membeli undi perwakilan PAS hingga tidak berkesempatan berdebat di TV9 yang telah dipersetujui sebelum ini ? Sepatutnya Husam perlu menggunakan platorm TV9 untuk membetulkan salah tanggapan mengenai unsur-unsur rasuah yang sedang menjalar dalam PAS. Ketika musuh politiknya, Mohamad Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama PAS) mengakui wujudnya unsur-unsur 'rasuah' dalam PAS, seperti memberi hadiah dan mengadakan majlis makan, orang pertama yang melenting dan mencerca balik Ketua Dewan Ulama itu adalah Husam sendiri.
Kenapa Husam cepat-cepat bingkas bangun menafikan dakwaan Ketua Dewan Ulama, sedangkan Mohamad Daud Iraqi tidak menyebut siapakah individu yang terlibat dalam unsur-unsur rasuah PAS itu ? Adakah Husam bingkas kerana seperti kata perumpamaan, 'orang yang makan cili akan terasa pedasnya'! Ketua Dewan Ulama tidak menuduh Husam terlibat dengan politik wang, tetapi cara bidasan Husam ke atas Mohamad Daud, seolah-olah mengesahkan beliau terlibat dengan politik wang! Apakah Husam juga seperti Anwar, cakap berdegar-degar, menafikan dirinya terlibat dengan korupsi, nepotisme dan politik wang, tetapi hakikatnya merekalah jaguh. Cakap tidak serupa bikin, mengaku menganut fahaman akauantibiliti (kebertanggungjawaban), tetapi sebenarnya merekalah manusia paling korup. Kenapa Husam terlalu takut bertemu muka dengan Ezam? Adakah sebelum ini 'mereka berdua' mempunyai rahsia peribadi yang takut terdedah kepada umum ?
Ezam pernah mencabar Husam membalas 'perbincangan rahsia mereka' berkenaan dengan 'rahsia sulit Anwar' semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi hingga ke hari ini, Husam membisu seribu bahasa mengesahkan dakwaan Ezam adalah benar. Kalau manusia sedayus ini bernama Husam, layakkan dia menjawat Timbalan Presiden PAS. Takkan selama-lama mengharapkan payung Nik Aziz dan Anwar untuk mengangkat karier politik.
ulasan : kenapa pas tak mau bergabung dengan pkr. knp hj hadi kaitkan isu penggabungan dengan umno. pas bergabung sahajalah dengan pas?gabunglah pas. lagipun presiden bayangan pas ialah anwar. hj hadi yang menang tapi yang buat keputusan anwar.lebih baik bubar pas. tubuh parti baru namanya PARTI RASUKAN SYAITAN