feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

DATO' MAT SAAD BAKAL CALON PENANTI ?

anwar mahu kuburkan umno permatang pauh.....ewah mudahnya ayat nyer.

3 Mei 2009. sejenak melihat percaturan politik umno permatang pauh seakan-akan ingin mengundang kekalahan buat umno.banyak sangat jenaka daripada keseriusan.kadang-kadang melihat gelagat jawatankuasa bahagian yang tidak sebulu dengan ketua bahagian dan tindakan ketua bahagian yang suka membelakangkan ahli jawatankuasa bahagian.ustaz firdaus dah tak nampak muka.sedikit sebanyak beliau tidak lagi memainkan peranan.yb ariff pula di anggap gunting dalam lipatan kata segelintir pemerhati di permatang pauh.yb ariff dikatakan pencetus kepada kekalahan ustaz firdaus melawan dato jalil.inilah resam permatang pauh yang memaparkan kelibat perpecahan.


kembali semula kepada soal calon di penanti.khabar berita malam tadi terpancul nama dato mat saad bekas adun permatang pasir dan bekas timbalan ketua bahagian zaman anwar.dato mat saad memang terkenal dengan sikap berani dan tak tahu malu berjumpa orang.namun, jika beliau dicalonkan, umno berpeluh juga nak menangkis kisah lama beliau.ada juga nama lain yang disebutkan.nanti blogger akan ceritakan.dato mat saad individu yang mudah didekati.kenakalannya juga boleh memberi cuak kepada umno.anwar kenal beliau dan beliau juga kenal anwar.rahsia anwar ada dalam tangannya dan rahsianya juga ada di tangan anwar.so, sama-sama dah tahu.Dato mat saad dah tersungkur dalam politik permatang pauh sebab kenakalan beliau.


sejenak penulis bersama dato mat saad 8 bulan yang lalu.perbualan dengan beliau menunjukkan beliau seorang politikus sepi.berbual dengan beliau sering diselitkan dengan senda gurau.lihat kepada kerangka strategi its ok.namun, namanya tidak dicalonkan pun oleh umno bahagian ( kata sahabat blogger).ada juga yang mahukan dato jalil tapi jika dato jalil bertanding, akaran akan menolak beliau.dalam umno sendiri pun menolak dato jalil.dato jalil perlu memikirkan hal ini.