feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

BEBERAPA NAMA CALON DUN PENANTI .KEWARSAN TOK JIB DIHARAPKAN

blogger bermohon agar bn tidak lagi menaburkan projek segera di dalam kempen pilihanraya.buat kerja untuk rakyat secara berterusan dan bukan kerana pilihanraya.barulah rakyat hormat pada cara kerja bn.


3 Mei 2009.nukilan ini adalah sambungan daripada cerita yang blogger paparkan di bawah tajuk dato' mat saad calon penanti?.blogger tidaklah mahu membuat pengesahan tentang siapakah bakal calon kerana blogger bukanlah seorang ketua bahagian, bukan juga pengerusi perhubungan umno negeri pulau pinang apatah lagi bukan seorang presiden umno.dapatan lapangan yang tidak berpaksikan kepada kepentingan politik biasanya hampir tepat.hari ini ( 4/5/09) akan diumumkan samada bn akan meletakkan calon di penanti atau tidak.bagi segelintir golongan akaran yang blogger temui, mereka tidak mahu umno bertanding.ni bukan namanya pengecut.tetapi tidak membazirkan wang parti.bagi pemimpin bahagian pula, mereka kata eloklah ada sebab peruntukan parti boleh diturunkan.bukan sekupang dua tapi berjuta-juta kupang ( gurau seorang rakan blogger malam tadi).mendengar kepada perbualan beberapa orang ajk bahagian permatang pauh, tanpa disedari terpancul beberapa nama yang dapat blogger rumuskan sebagai bakal calon penanti.mereka ialah :


1. dato' mat saad ( bekas adun permatang pasir )-seorang yang berani dan jenis manusia "move"

2. Puan Rosmi ( Naib ketua Wanita Bahagian Permatang Pauh).Anak Padang ibu di bawah Dun Penanti.

3. Hj Rahim Man ( Bekas Jurutera TNB yang juga Naib Ketua Bahagian).

4. En Rohaizad ( Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh.seorang penguam dan ada firma guaman sendiri.anak mengkuang titi di bawah dun penanti.

5. Dato' Mohd Naser ( timbalan Ketua Bahagian-seorang usahawan)

6. Dato Jalil sendiri selaku ketua bahagian dan bekas adun penanti.namun, pemberatnya agak kurang kerana dato jalil lebih memahami kehendak rakyat sekarang.


apa jua pun senario yang berlaku, blogger berharap tok jib pilih calon pilihan rakyat dan bukan pilihan parti.lihat apa yang berlaku di kuala terengganu ( Ketua bahagian diletakkan tetapi kalah) dan bukit gantang (bekas calon ketua bahagian yang kalah bertanding ) dan kalah juga dalam pilihanraya.sentimen rakyat yang perlu tok jib fikirkan kerana rakyat bukanlah ahli mana-mana parti politik.