feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

UMNO PERMATANG PAUH YANG BERPERANG?MENGAPA

22/4/09 PERMATANG PAUH.

tengah malam tadi blogger digemparkan dengan berita yang agak mengecewakan pejuangan sebuah parti melayu.apakah benar berita yang blogger perolehi, bukanlah menjadi dasar perbincangan pada hari ini .message yang masuk jelas menerangkan kepada blogger umno permatang pauh sedang bergolak dan tidak dapat memperolehi satu kata putus. sebelum ini blogger telah memaklumkan kepada semua pembaca bahawa sekiranya dasar pokok perjuangan umno permatang pauh lebih mementing pertelingkahan daripada perpaduan, maka sebelum pilihanraya lagi umno akan kalah.umno kalah kerana perpecahan dan bukan kerana tidak kuat atau di tolak kaum melayu. pada tarikh 22/4/09 , jam 9.30 malam bertempat di rumah umno permatang pauh telah di adakan mesyuarat ajk umno bahagian.mesyuarat berkenaan menjadi tidak stabil kerana tindakan beberapa orang ajk bahagian yang keluar daripada mesyuarat.alasan yang diberikan oleh mereka apabila ditanya ialah cara ketua bahagian menguruskan cawangan-cawangan.dilaporkan juga timbalan ketua bahagian juga turut keluar.berdasarkan sumber dalaman, semua cawangan-cawangan di bahagian permatang pauh akan bermesyuarat untuk mencadangkan nama calon yang bakal bertanding di dun penanti.pertelingkahan yang berlaku pada malam berkenaan menggambarkan umno masih lagi kucar kacir dan seperti tiada hala tuju.apapun, blogger amat berharap agar, umno bahagian dapat mencapai kata persefahaman demi perpaduan ummah.
ulasan : perbincangan mesyuarat adalah rahsia.ada juga khabar angin yang menyatakan tindakan akan berlaku ahli umno yang akan keluar parti kerana faktor ini.yang merisaukan, pilihanraya belum lagi bermula, perang dalam kelambu telah dicanangkan.