feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

POLEMIK ' S' YANG SERING BLOGGER NYATAKAN

SUPERMAN OR SUPERWOMEN?DAH TENTU LA PEREMPUAN BRO..............
SIAPAKAH ' S'
ada juga sahabat blogger yang tanya siapakah s dalam my srimuara.ayat jiwang yang banyak blogger berikan kepada insan Yang bernama s. geli hati gak bila mendengar sahabat-sahabat yang bertanya.bukan apa, ada nilai jenaka disebalik pertanyaan tersebut.ada yang bertanya blogger dah berumahtangga atau masih bujang.ini lagi menggelikan hati.blogger rungkaikan isi hati berlandaskan kepada pemahaman blogger terhadap s. siapakah s.itu antara bloger dan s sahaja yang tahu dan bukannya intipati penting dalam perang maya menentang kemungkaran pas , pkr dan dap ini.s seorang insan yang blogger lihat mempunyai penampilan juang yang perlu dipasak dengan nilai keberanian dan juga keyakinan.dalam perang , tiada lagi nilai tangisan dan sahabat serta musuh ada di mana-mana dalam perjuangan.ada sahabat blogger yang berjuang dalam umno akhirnya kecewa dengan kepimpinan umno.ada juga yang bersama hiraki pas , pun kecewa kerana katannya pas dan umno sama sahaja pembawaan sekular.ada yang bersama laungan reformasi anwar juga turut kecewa tetapi oleh kerana marahkan umno, maka turutkan dahulu perjuangan bersama pkr.anwar pembawa reformasi islam.aik terkejut blogger dengan ayat ini.setahu blogger, sepanjang blogger bersama abim (hampir 5 tahun ), blogger nampak anwar tidak lebih daripada berprinsipkan sekular , tetapi kononnya berjiwa islamis.abim sebuah pertubuhan yang pernah blogger ikuti dan sertai.blogger pun masih lagi ahli abim tetapi oleh kerana tak bayar yuran , maka blogger tak tahu status blogger lagi.samalah dengan zambry kadir yang juga ahli abim yang memasuki umno kerana anwar.
oklah kembali pasal s. s insan yang pernah blogger kenali dari hati dan juga emosi.bagi blogger s mempunyai masa depan yang cerah dalam kerjayanya.walaupun s mempunyai watak yang menarik ( cun bagi blogger....he he) tetapi penampilan s mengatasi nilai diri s sendiri.s nampak kadangkala mundar mandir tanpa hala tuju dan di bawa arus emosi yang deras sehingga gelombang kerisauan mengatasi arus deras penghayatan terhadap nilai diri. lalu s blogger lihat nyaris-nyaris terdampar di pantai emosi yang boleh mencetuskan propaganda dalam hati.berbungga bahasa bogger kan?tapi apapun s bagi blogger ada keistimewaannya.blogger memang dah lama kenal s.s bagi blogger punyai harapan yang cerah dalam agenda pembangunan diri.blogger syukur kerana s dah berjaya sekarang.blogger doakan s terus bahagia dan terus dengan ketabahan bagi membawa obor perjuangan hakiki.