feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PKR MENGGANAS PECAT AHLI PARTI

SELAMAT DI PECAT OLEH PKR

KeADILan pecat 16 ahli khianati parti


KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat memecat 16 orang ahlinya, yang didapati bersalah mengkhianati parti itu, semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak baru-baru ini. Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali berkata, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang diadakan semalam. Katanya, pemecatan tersebut berkuatkuasa serta merta mulai 26 April 2009.


"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media. "Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini," jelas beliau.
Nama-nama yang dipecat adalah seperti berikut:

1. Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok, Kedah)

2. Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena, Kedah)

3. Abdul Hamid Othman (Bahagian Padang Serai, Kedah)

4. Roslan A. Hamid (Bahagian Padang Serai, Kedah)

5. Abu Bakar Din (Bahagian Baling, Kedah)

6. Abdul Wahab Mat Isa (Bahagian Sik, Kedah)

7. Mustafa Hassan (Bahagian Sik, Kedah)

8. Kalai Vanar a/l Bala Sundram (Bahagian Jerai, Kedah)

9. Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai, Kedah)

10. Abu Bakar Hamid (penaja Bahagian Pendang, Kedah)

11. Ahmad bin Ayub (penaja Bahagian Pendang, Kedah)

12. Azhar Ahmad (penaja Bahagian Jerlun, Kedah)

13. Dr Ambrose Labang (Bahagian Julau, Sarawak)

14. Wong Kee Kai (Bahagian Julau, Sarawak)

15. Rajang Anak Unau (Bahagian Julau, Sarawak), dan;

16. Kudik Untung (Bahagian Julau, Sarawak)._


SOALAN BLOGGER MUDAH SAHAJA.KENAPA PKR TAK BERANI PECAT ZULKIFLI NORDIN?BUKANKAH DIA LEBIH LANTANG MENGKRITIK DASAR DAN HALA TUJU PKR.INILAH BUKTI PKR TIDAK ADIL DAN MEREKA LANGSUNG TIDAK DIARAHKAN MEMBERIKAN SURAT TUNJUK SEBAB.KEPADA MEREKA, BN MEMBUKA RUANG UNTUK ANDA SEMUA BERJUANG DI LANDASAN HAKIKI.