PKR KATA SAY NO TO UMNO KUBURKAN UMNO DAN PKR MENANG LAGI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG



hari ini sepanjang malam blogger dok pekena kopi di gerai makan bersebelahan masjid kubang semang.suasana agak riuh pikuk sikit.ada yang kata, " tu diya.modai besaq nak mai dah"..tak kurang ada yang kata " umno mampuih tak kan menang di sini" silap-silap kalah wang pertaruhan. semalam blogger sempat berbual dgn seorang kawan orang kuat PKR Permatang Pauh.blogger hanya bertanya khabar soal penanti.hasilnya daripada perbualan tersebut, blogger dah siarkan terlebih awal info fairus akan letak jawatan.memang lakonannya begitu yang dikehendaki anwar.alasan nak tumpu pada keluarga dan alasan nak sambung belajar adalah alasan paling bodoh di abad ini yang dilakukan oleh fairus.memang sedia maklum my srimuara dah dedahkan isu fairus ni sejak 11 bulan yang lalu. bermula dengan kisah berebut kontrak nak cetak majalah rakyat.guna kad minyak kerajaan untuk kenderaan peribadi, lantik abg sebagai penasihat khas tkm 1,kes rasuah kuari dan pembelian bmw dan merc.malik kassim adalah musuh dalam selimut bagi fairus.pkr sedang terpecah antara kem selatan dan kem pulau.satu kem menentang hebat malik itik dan satu kem lagi kata ustaz maktar langsung tak layak.keadaan menjadi lebih teruk sekiranya nama tkm 1 akan diambil dari calon yang menang di penanti kelak.maka melepaslah makhtar.apapun niat pkr ialah satu ialah mengurangkan undi kepada bn