feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

NIK AJIS PENAKUT ............SELESA DENGAN DI SEMBAH OLEH MANUSIA

akibat terlalu asyik di sembah oleh orang pas, nik ajis sekali lagi terharu dengan pujian dan sanjungan kaum bukan islam.maka di aturnya lunak ayat untuk menghalalkan segala perbuatan yang bertentangan dengan islam.demi politik dan sebuah kemenangan, medan penghinaan islam adalah benteng untuk nik ajis pecahkan.maka, lahirlah kumpulan anak muda kufar menjadikan ayat quran sebagai bahan permainan mereka.cuma mereka belum koyakan dan pijak quran sahaja lagi.isi kandung quran telah mereka koyakkan dengan sebutan yang ternyata salah dan ditafsirkan ikut suka mulut mereka.
SURAT NIK AJIS KEPADA KUFAR NGA.BUKTI NIK AJIS PENAKUT KEPADA KUFAR

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahteraYang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB.
Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama.
Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas.
Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
MerangkapMursyidul Am PAS
ULASAN SEORANG SAHABAT
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعاً"
Dan Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diengkari dan DIPEROLOK-OLOKKAN(oleh orang-orang KAFIR), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.
"Ayat ini jelas arahan Allah menyuruh kita beredar apabila golongan kafir musyrik mengalunkan ayat-ayat suci dengan tujuan tertentu. Jelas tujuan Nga ialah untuk meraih undi kerana ianya di dalam kempen pilihanraya.Mengapakah ulama PAS yang kononnya mengagungkan Islam tidak meneliti maksud ayat ini.Orang Islam yang terus berada dimajlis itu disifatkan sebagai munafik dan dianggap bersama-sama mempersendakan ayat itu.Bagaimana Tuan Guru yang dianggap mursyid boleh menyambut baik tindakan Nga itu? Apa yang patut dibuat ialah menerangkan Nga akan kedudukan sebenar dari sudut hukum.Bagaimana orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Quran membacanya dikhalayak umat Islam? Menyeru orang Islam dengan mengucapkan ayat-ayat yang dia sendiri tidak menerimanya. Kehinaan yang amat besar untuk umat Islam ........ dan PAS. Nik Aziz patut insaf dan muhasabah diri serta meneliti balik isi surah an-nisa' ayat 140 itu yang amat jelas maksudnya