MALIK KASSIM BAKAL TKM 1.MAKTAR SHAPEE EXCO
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG

Anwar akan serahkan nama TKM1 hari ini.
PULAU PINANG: Bakal pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan anggota Exco kerajaan negeri akan diumumkan Rabu depan, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.Katanya, beliau masih menunggu maklum balas dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon yang akan dilantik bagi mengisi jawatan itu.Dalam pada itu, Anwar memberitahu wartawan di sini petang ini bahawa beliau akan menyerahkan nama kepada Lim hari ini. Semalam, Lim dipetik sebagai berkata bahawa Anwar memaklumkannya bahawa calon itu mestilah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbangsa Melayu.ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee dilaporkan antara calon pilihan bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.Kerusi itu kosong apabila wakil rakyat dari PKR Mohammad Fairus Khairuddin yang juga ADUN Penanti meletakkan jawatan itu pada 8 April....mStar