INDAHNYA KAUM HAWA
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
renungan dalam perjuangan..........................
inikah yang benar?
inikah yang benar?
atau inikah yang benar ? jelingan yang menawan?
atau inikah yang benar?izzah pun bertudung tapi perhatian betul-betul........salahkan dia?
atau ini?
yang ini bUkan islam.Just nak paparkan wajah yang dijadikan seni oleh plato
memang ayu tapi sayang seribu kali sayang.kenapa keayuan tidak seimbang dengan amal kehidupan?
DARIPADA SAF MY SRIMUARA SEMPENA DENGAN HARI AMAL DAN IHSAN
PEDOMAN DAN PENGHAYATAN
Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (Al-'Asr)
BUAT SEORANG WANITA
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang perjuangan di S A Y A P K I R I
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan ALLAH
Namun Ya Tuhan
Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Biarku tadahkan wajahkuBuat mengusap debu di telapak kakinya…
Dan sememangnya daku mengimpikan
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibuYang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Atau sesuci Maryam...seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani

Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
Namun...Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkanMujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman