Apr
13
HAPUSKAN MECD, MEMUASKAN HATI BANGSA LAIN WALAUPUN HATI BANGSA SENDIRI TERLUKA
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG


Matlamat Penubuhan MECD
Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) telah ditubuhkan pada tahun 2004 berperanan sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera. Sejarah MECD bermula dengan penubuhan Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam (KPPA) pada tahun 1974 yang kemudiannya ditukarkan kepada Kementerian Perusahaan Awam (KPA) pada tahun 1976. KPA bertanggungjawab untuk mengawas dan menyelaras agensi-agensi perusahaan awam seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 bagi menggantikan KPA bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penyusunan semula kementerian sebagaimana pada 27 Mac 2004 memperlihatkan Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan tambahan tanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad.
ULASAN :
blogger berpandangan mudah sahaja.apa yang kerajaan dapat dengan penghapusan MECD?apa yang kerajaan dapat dengan memecah belahkan fungsi MECD?apa yang kerajaan dapat dengan memuaskan hati kaum lain? apa yang kerajaan dapat dengan mengurangkan hak peribumi?memang betul orang akan kata rakyat tak faham. so, nak bagi rakyat faham nak pangil mat sabu ceramah dulu ker? sampai bila melayu akan menjual maruah politik bangsanya kerana sekelumit kuasa yang Allah pinjamkan kepada mereka.apakah kerajaan ingin mengikut kata sesuatu bangsa dan menghapuskan hak sedia ada bangsa peribumi? blogger bukanlah seorang yang mendapat kepentingan dalam MECD. blogger nak pinjam TEKUN susah? nak pinjam dengan MARA susah? nak dapat biasiswa susah?nak minta bantuan MARA susah?semua nyer susah dan blogger tak pernah dapat sekupang pun dari MECD. tapi, atas dasar semangat prihatin soal maju mundur bangsa itu, maka penilaian semula harus dibuat oleh tok jib.jika tidak, tok jib boleh disamakan dengan anwar!!!!!!!!!