
PKR mengambil strategi serupa PAS bagi menghadapi tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar mereka dengan menerbitkan Suara Keamanan mulai hari ini. PAS merancang menerbitkan
Hujah mulai Jumaat ini bagi menggantikan
Harakah yang dikenakan tindakan mengejut itu selama tiga bulan sejak 23 Mac lalu. Pengganti
Suara Keadilan itu sudah boleh diperolehi melalui pengedar-pengedar organ PKR itu, kata satu kenyataan jabatan sidang pengarangnya. "Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, PKR mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut," kata parti itu
"Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN
AKHBAR FITNAH TERBESAR YANG TERBARU DAN TERLARIS UNTUK PERSEDIAAN KE NERAKAHARAKAH BERTUKAR KEPADA HUJAH=NERAKAN JAHANAMSUARA KEADILAN BERTUKAR SUARA KEAMANAN= -MURTAD BESAR-BESARAN