17/4/09 :MASJID PADANG IBU JAM 8.30 PAGI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
hari ini blogger bersarapan pagi di salah sebuah gerai di Pekan Penanti.Hati blogger seperti merasakan bahawa membazir jika BN bertanding di kawasan Penanti.Tapi, kalau BN tidak bertanding, bermakna ianya memberi kredit kepada PR.Macam blogger kata peringkat awal lagi semalam, letak kucing dan pisang jadi calon PKR, PKR tentu menang.sambil menghirup kopi tongkat ali, blogger meneliti indahnya ucapan muhyiddin iaitu "''Kita akan tunggu pengumuman SPR atau Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk memaklumkan kekosongan kerusi di Penanti,''. BN akan lawan kali ini.blogger congak-congak, kalau lawan juga confirm boleh terlungkup.masalah dalaman UMNO Permatang Pauh pun tak selesai-selesai lagi.tapi suasana politik di gerai tempat blogger bersarapan banyak memihak kepada PR.mereka kata kali ini kita akan cincang umno habis-habis.Blogger terfikir sejenak." Mak ai dendamnya PKR pada UMNO.Jahat ke UMNO? satu bangsa , satu agama?baik ke sangat anwar?memang pelik penanti.DUN Penanti banyak memberi undi kepada Anwar.Dun ini dianggap dun emas anwar.pusat kepada gerak kerja politik anwar.Unuk umno menghidu kemenangan di sini ianya memerlukan kebijaksanaan yang terancang.dengar cakap pekerja lapangan dan bukannya sekadar cakap unit risikan yang tak tentu hala.Dengar cakap unit risik jawabnya kalah di Kuala terengganu dan kalah di Bukit Gantang.Letak ketua bahagian UMNO pun kalah.letak orang kuat majlis bandaran dan anak jati pun kalah.habis nak letak siapa?yang sebelum ini , umno pertaruhkan lelaki.kedua-duanya kalah.umno perlu letak calon wanita pula kali ini.
tunggu ulasan berdasarkan update terkini my srimuara.blog yang memaparkan isu khas di Penanti .satu suara, satu malaysia.tenang menulis di masjid