TERKEJUT LAGI RASUAH SI FAIRUS TKM 1 YANG PENCEN
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
APAKAH ZAHRIN JUGA TERLIBAT DALAM POLEMIK RASUAH PKR PENANG?FAIRUS TIDAK AKAN BERDIAM KERANA WANG RASUAH INI DIKENDURIKAN SECARA BERAMAI-RAMAI.APAKAH BANGKAI GAJAH BOLEH DISELAPUTI DENGAN DAUN PISANG ( PAS)?
Terkejut blogger bila Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Kepala Batas membangkitkan akan hal rasuah yang berlaku pada kedua-dua pemimpin PKR baru-baru ini. Bukti salinan cek serta penyata bank dapat dibuktikan oleh beliau. Beliau juga berani membawa perkara ini didepan media apabila barisan kepimpinan PKR negeri bersikap ingin 'menutup mata' akan kes ini. 2 orang pemimpin ini dikatakan di'rasuah' secara bulanan. Setiap bulan, wang akan dimasukkan terus kedalam akaun sipenerima rasuah. Katanya tak mainlah duit tunai. Pelbagai spekulasi berlaku selepas itu. aku masih lagi menunggu perkembangan lanjut.....tup tup si Fairus pulak letak jawatan. aku tak terkezut sangat dengan hal melepaskan jawatan ini kerana siFairus itu sendiri dijadikan 'boneka' DAP. tiada apa yang diusahakan oleh sibadut ini. yang aku terkezut giler, ialah bukti-bukti rasuah dah tersedia ada, tetapi pihak PKR sendiri masih lagi membatu dalam hal ini. almaklumlah,bulan-bulan masuk straight to the account.