MY SRIMUARA SELALU GAK BUKA PERAKBANGKIT.WA RESPECT LU PERAK BANGKIT.KITA WARGA BPN TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA.BUKIT GANTANG PENTAS KITA MENYERANG MUSUH-MUSUH ISLAM YAKNI PAS, DAP DAN PKR.TAKBIR! ALLAHUAKBAR.
Kepada sesiapa yang rasa tidak puas hati, berbesar hati mahupun terasa pedas, pahit, masin, masam dan juga manis.. boleh la menyalurkan rasa dan hati kepada penulis di alamat email nih mysrimuara@gmail.com
Pengikut
Mysrimuara kearah lucah melampau kerana Tok Guru PAS ajar buat lucah
SESUNGGUHNYA PERJUANGAN HARI INI BERMULA DENGAN SEBUAH KEMERDEKAAN. MENGEKALKAN KEMERDEKAAN SATU KERJA YANG AMAT SUKAR JIKA TIADA KESUNGGUHAN UNTUK NENERUSKAN SEMANGAT MERDEKA.
No Fear
BN vs PR
Penipu Bangsa
No Anwar
Melayu
Stats Hit
Pelawat
Ucapan Dari UMNO
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PULAU PINANG
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, kita ahli UMNO Pulau Pinang, bertekad meneruskan perjuangan memelihara hak Islam dan kaum Melayu di Pulau Pinang walaupun DAP bakal meminggirkan nasib Melayu Pulau Pinang. Walaupun UMNO difitnah dan ditohmah oleh PKR dan ahli-ahlinya, namun hakikat kesabaran akan mengatasi kesombongan mereka.Kita ingatkan kepada DAP, jangan lupa dengan janji manifesto kamu ingin memberikan kepada rayat di Pulau Pinang RM 6000.00 sebagai bonus pada setiap hujung tahun.Jangan kamu lupa janji kamu untuk menutup Tol Sg Nyiur.Jangan kamu lupa janji kamu, untuk mengawalkan harga barangan makanan di Pulau Pinang.Wahai Lim Guan Eng !Jangan kamu berlagak alim dengan mengeluarkan kenyataan " bahawa kamu mahu mengikut cara Khalifah Umar Abdul Aziz". Kamu menghina khilafah Islam kerana kamu tidak seperti Khalifah Umar yang ada syahadah dibibir dan dijiwanya. Jangan kamu persendakannya. Wahai umat Islam Pulau Pinang, apakah kita redha dengan persendaan Guan Eng?Kita jangan lupa, sejarah silam di Pulau Pinang iaitu dikala kita senang, kita akan dibaham kedurjanaan.Kata akan tetap dikota. Itulah prinsip perjuangan kita dalam UMNO.
UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL.
Walaupun kita tewas di 5 buah negeri, namun tidak bermakna perjuangan kita juga turut tewas.Lumrah dalam politik ada yang menang dan ada yang kalah. Tuntutan rakyat perlu dibela dan bukannya dicerca.Kita menunggu kelibat Ahli Parlimen Nibong Tebal yang mewakili PKR dan ADUN Sg Bakap yang dahulunya berjanji mahu membantu rakyat khususnya kaum India. Kaum India seluruh Parlimen Nibong Tebal jangan lupa janji mereka kepada anda sebagaimana anda meminta kepada BN.UMNO boleh bangkit kembali dengan dasar ketulusan dalam perjuangan menegakkan maruah agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. UMNO perlu bersatu demi maruah agama Islam.Islam tidak lagi dperjuangkan PAS apatah lagi PKR yang lebih mementingkan kaum lain daripada menjaga kaum Melayu sendiri.UMNO Nibong Tebal tetap setia bersama kepimpinan UMNO dalam tradisi membela rakyat.
UMNO BAHAGIAN BALIK PULAU
Kita semua perlu menguatkan semangat dan mengurangkan perpecahan kerana kita punyai masa untuk dikurniakan kemenangan.Tinggalkan sengketa lama, rapatkan saf perjuangan demi Islam, Melayu dan Malaysia.Rapatkan jurang perpaduan kita dengan kaum India, Cina dan lain-lain kerana mereka adalah rakan yang bersama-sama kita membangunkan negara.Jangan lupa pesan Melayu lama" Menang sorak kampung tergadai".Bersama mencapai kemenangan dalam PRU ke 13.
Azam dan Amal PRU13
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG TETAP YAKIN BAHAWA JATUH BANGUN, HINA MULIANYA MELAYU PULAU PINANG TERLETAK DI BAWAH TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN MELAYU SENDIRI.PAS BERSAHABAT DENGAN DAP YANG DASARNYA TETAP SOSIALIS.PKR PULA, TIDAK LAGI MEMELIHARA MARUAH MELAYU KERANA MEREKA ADA AGENDA TERSENDIRI DEMI KEPENTINGAN MEREBUT KUASA DAN BUKANNYA MENJAGA BANGSA MELAYU, ISLAM DAN NEGARA. KITA BERFIKIR BUKAN UNTUK HARI INI, TETAPI BERFIKIR SELAGI KIAMAT BELUM KUNJUNG TIBA.KITA BERFIKIR UNTUK MENYELAMATKAN MELAYU DAN ISLAM DI PULAU PINANG DARI CENGKAMAN DAP DAN PKR. MUTIARA MELAYU PULAU PINANG TETAP MEMBONGKARKAN ISU-ISU PEMBOHONGAN KERAJAAN BA DI PULAU PINANG. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI. TAKBIR!!!!
Mencari Damai Abadi
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan, Untuk hidup sekadar berfoya-foya, Aku cari mana dia Al-Ghazali, Aku cari mana dia Al-Shafie, Kita bongkar rahsia kitab suci,Cari panduan, Kita bongkar rahsia sunah Nabi, Cari pedoman, Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman,Dialah wali,Dia mencukupi, Aku hidup bererti,Menikmati damai abadi.