feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

REEZAL GANTI PAK LAH ?

Pak Lah akan berundur Mac 2009.Bererti pilihanraya ke 13 calon Parlimen Kepala Batas bakal dikepalai oleh orang baru. Antara nama yang sangat-sangat mengidam ke jawatan ahli parlimen ini ialah Dato' Reezal.Ini kata orang politik di Kepala Batas. Cikgu Mat , pula kata mereka proksi Reezal.Betul atau tidak blogger hanya mendengar sahaja.Watak Pak Lah senang diterima rakyat tapi, apakah calon pengganti beliau boleh diterima rakyat.Pak Lah seorang yang sangat-sangat merendah diri.Tapi, apakah bakal pengantinya seorang yang merendah diri.Pak Lah ni boleh dikatakan "orang masjid".Tapi, bolehkah pengantinya menjadi " orang masjid".Apapun, kemungkinan besar landskap politik Kepala Batas akan berubah.Ada yang kata, jika yang lama pergi, kami mahu yang baru berjiwa rakyat dan tidak sombong.Ada yang kata, "kami nak Melayu Tulen".Ada pula yang kata"kalau boleh carilah yang beragama sikit"...tahu hukum hakam...