NASARUDDIN MASUK PKR BUKAN PAS.MENGAPA?
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Salmah Mat Husain Sun Jan 25, 09 6:44:32 pm MYT KOTA BHARU, 25 Jan (Hrkh) -
Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri. Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini. ( WAHAI NIK AZIZ, JANGAN LER CAKAP CAMTU.TAK BAIK SEBAGAI SEORANG TOK GURU.ALLAH MAHA BERKUASA TOK GURU.ANA HORMAT TOK GURU.TAPI TOK GURU JANGAN TERLUPA, NASARUDDIN IALAH BAKAL MB BARU PERAK.ANA SUKA NASARUDDIN JADI MB DARIPADA NIZAR KUDA KAFIR JADI MB)
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu. Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka. "Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun. "Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi. Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak. Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum. "Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya. Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns_
ULASAN : KEKALAHAN UMNO ADALAH UJIAN.JATUH BANGUN ADALAH RESAM DALAM PERJUANGAN.UMNO TELAH KENAL HATI BUDI LAWAN.SIAPA DAP?SIAPA PAS?SIAPA MCA?SIAPA MIC DAN SIAPA GERAKAN?POLITIK BUKAN UNTUK HARI INI.POLITIK BERPANJANGAN SELAGI BELUM KIAMAT.TAPI KAMU INGAT WAHAI SOLDADU DAP, PKR DAN PAS, ALLAH BERKUASA LEBIH DARIPADA TG HJ HADI DAN TG NIK AZIZ.TAKBIR!TAKBIR!TAKBIR!JIWA UMNO ADALAH ALLAH.