HJ HADI NAK PAK LAH KEKAL.BOLEHKAH UMNO SETUJU DEMI MELAYU?
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
WALAUPUN PEMBERIAN BUNGA LAMBANG SAYANG, NAMUN, KENYATAAN HJ HADI BUKANLAH LAMBANG SOKONGAN PENUH BELIAU PADA PAK LAH.MALAH DIA MAHKAN UMNO BERPECAH LAGI.
Hadi minta Abdullah kekal jawatan
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletak jawatan pada Mac depan dan kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh satu penggal lagi. Menurut Abdul Hadi, Abdullah yang juga Presiden BN perlu membuat perubahan dan mengadakan satu pilihan raya adil terlebih dahulu sebelum melepaskan jawatan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Pilihan raya (kecil Parlimen) Kuala Terengganu menunjukkan satu anjakan yang telah dilakukan walaupun sedikit pada zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, oleh itu saya mencadangkan Abdullah jangan letak jawatan. “Jangan bagi (lepas jawatan) lagi pada Najib, nak jaga Kuala Terengganu pun tak boleh bagaimana nak jaga Malaysia, nanti Barisan Nasional kalah semua, biar dia kalah semua, memang itu yang kita harapkan,” katanya malam semalam. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, Perdana Menteri perlu menunjukkan jasa baik seperti memperbetulkan demokrasi dan memulihkan badan kehakiman terlebih dahulu sebelum letak jawatan. “Kita sanggup bekerjasama kalau beliau (Abdullah) sanggup membuat perubahan tetapi kalau tak buat perubahan, kita akan lawan,” katanya.