HELMET GANTI SERBAN BUKTI TG NIK AZIZ INGKAR SUNNAH
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
INILAH DARJAT SEORANG TOK GURU PAS.BERDIRI DI BAWAH HIBURAN BERMOTOR.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan. Mursyidul Am PAS itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat. Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul. "Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat,kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.
"Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban. Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.
ULASAN : DALAM HAL INI NIK AZIZ GAGAL MEMBERIKAN PENJELASAN RASIONAL DAN LANDASAN AGAMA DIKETEPIKAN.MENGAPA BARU SEKARANG KATA TOPI KELEDAR LEBIH BAIK UNTUK PENUNGGANG MOTOR?OKLAH, BLOGGER RASA, BETTER TG NIK AZIZ BELAJAR BALIK DAN JANGAN DOK MAIN SUNNAH.