feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU:MAT SABU BAKAL DIKETEPIKAN

JIKA SYED AZMAN DINAIKKAN, BERMAKNA DIA ADALAH CALON ANWAR DAN BUKANNYA CALON PAS.IA ADALAH PILIHAN KUMPULAN ERDOGAN PAS
MAT SABU PERLU DISISHKAN KERANA BELIAU IALAH PENENTANG KUAT ANWAR DARI DALAM PAS.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bakal diadakan tidak lama lagi. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali pula dilantik sebagai timbalan beliau manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dilantik sebagai Setiausaha. Pilihanraya kecil ini bakal diadakan ekoran kematian Datuk Razali Ismail yang mewakili Parlimen Kuala Terengganu sejak 2004.Beliau menang dalam pilihan raya 2008 dengan mengalahkan naib presiden PAS, Haji Muhamad Sabu dengan majoriti 628 undi.


Sehingga kini, beberapa nama telah disebut-sebut bakal menjadi calon PAS dalam pilihan raya ini. Mereka termasuklah Haji Mohamad Sabu sendiri di samping Datuk Wan Mutalib Embong (bekas Adun Batu Burok yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu), Datuk Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), seorang bekas pensyarah UPM yang kini seorang usahawan berjaya dan beberapa nama lagi. Bagaimanapun, nama Wan Mutalib dan bekas pensyarah itu berada paling depan dalam senarai ini. Pesuruhajaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa berkata, sehingga kini, siapa yang akan menjadi calon belum diputuskan lagi. Katanya, proses pemilihan calon ini akan berjalan mengikut proses biasa iaitu dari peringkat percalonan dari kawasan Kuala Terengganu ke Perhubungan Negeri Terengganu dan seterusnya dipilih di peringkat pusat.