AYUH BANGKIT WARGA INDONESIA, PAK NUAR KRITIK SUSILO BAMBANG YUDOYONO
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Semalam saya diundang menyampaikan Kuliah Umum di Universitas Indonesia (UI) di Depok, Jawa Barat dihadapan lebih 200 orang mahasiswa UI, juga para peserta seminar Asian Renaissance dari lima buah negara ASEAN.Saya mulakan dengan kupasan akan peri pentingnya pemerkasaan rakyat melalui wacana terbuka yang berteraskan kekuatan dan kelazatan ilmu. Dalam membangun sesuatu tamadun, saya memetik ungkapan keramat Pak Natsir yakni “Jangan kita ghairah untuk membangun sambil merobohkan”.
Menyentuh perihal pengurusan ekonomi, saya tegaskan bahawa institusi pemerintah seharusnya efisien seandainya mereka benar-benar mahu berubah dan semestinya punyai kesedaran dan bukan sekadar terus berada dalam sindrom penafian (state of denial). Kita seharusnya menerima kelemahan dan perlu terus gigih memperbaikinya.( ANWAR MENGKRITIK PRESIDEN INDONESIA YANG LEMAH DALAM PENTADBIRAN EKONOMI)
Apa yang pasti, kalangan muda perlu memiliki keinsafan dan mengakui bahawa krisis ekonomi global tidak mampu dibendung tanpa tindakan internal yg mantap ( ANWAR MENGAKU SUKARNYA MENGAWAL EKONOMI.TAPI DIMALAYSIA NAK TUNJUK HANDAL LAGI). Saranan saya, kita harus mulai memikirkan kemungkinan untuk mengasaskan satu sistem kewangan yang lebih kuat dan kukuh ( ANWAR SARAN SUPAYA TIRU SISTEM KEWANGAN ALA TUN M.MATAWANG DINAR). Sistem ekonomi pasaran bebas yang diamalkan hari ini seharusnya didukung oleh prinsip undang-undang hukum (rule of law) dan prinsip keadilan sejagat.Tegas saya di akhir kuliah, bicara tentang nahdah Asia perlulah dimulai dengan proses pemerkasaan diri serta kesanggupan kita untuk melakukan perubahan.