feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

LOMPAT PARTI USAHA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KISAH MUNAFIK PKR SIRI 1:
Rundingan PKR dengan ahli-ahli parlimen BN "berjalan lancar" dan perkembangan lompat parti itu akan diumumkan "bila tiba masanya", kata seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu."Ia (sambutan) di luar jangkaan kita. "Kita hanya memerlukan 30 lagi ahli parlimen, tetapi sambutannya memberangsangkan sekarang, 30 kerusi itu jumlah minimum yang kita boleh dapat," kata naib presiden PKR Azmin Ali."Kita tidak menawarkan wang kepada ahli parlimen tersebut tetapi perjuangan untuk membela rakyat dan negara."Ahli parlimen Gombak itu berkata, wakil-wakil BN yang bakal menyertai PKR itu bertanggungjawab terhadap pengundi di kawasan mereka."Umno tidak lagi relevan kepada orang Melayu dan tindakan wakil rakyat tersebut untuk menjamin survival dan ketuanan Melayu," katanya lagi.( TAK JADI PUN.BERBOHONG LAGI PADA RAKYAT)

KHABAR DARI SARAWAK -TIADA LOMPAT PARTI DAN ANWAR PEMBOHONG

Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Badrul Hisham mendakwa tindakan melompat parti akan berlaku.Sama seperti pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Badrul, yang mewakili ketua publisiti kebangsaan PKR Tian Chua pada satu perhimpunan anjuran PKR Cawangan Lanang di sini, juga tidak dapat menamakan siapakah Anggota Perlimen BN yang akan melompat parti.Turut hadir pada perhimpunan itu ialah ketua PKR negeri Dominic Ng, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng dan Timbalan Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Johnny Wong Sie Lee.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Douglas Uggah Embas berkata tidak ada Anggota Parlimen BN dari negeri ini yang akan menyertai PR bagi membolehkannya membentuk kerajaan baru. PBB adalah tulang belakang BN Sarawak.Sementara itu, para pemimpin tiga lagi parti komponen BN Sarawak — Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak(PRS) dan parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) — juga mengisytiharkan tidak ada Anggota Parlimen mereka yang akan melompat parti.

Dalam perkembangan lain, penduduk luar bandar di Sarawak dinasihati tidak mudah terpengaruh dengan ajakan pihak tertentu supaya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengutamakan kepentingan mereka.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata sebaliknya, Ketua Pembangkang itu hanya berminat memburu impiannya untuk menjadi perdana menteri.Lau berkata demikian pada majlis penyampaian geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM250,000 kepada 87 rumah panjang di kawasan Bawang Assan oleh Menteri Alam Sekitar dan Kemudahan Awam Dato Sri Wong Soon Koh di sini semalam.Lau berkata berbanding Anwar, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merangka pelbagai dasar dan program bagi membantu rakyat.

“Ini termasuk golongan kurang bernasib baik, golongan miskin di luar bandar dan ibu tunggal,” katanya.Beliau berkata Perdana menteri juga memberi keutamaan terhadap pembangunan prasarana dan ini terbukti apabila beliau meluluskan peruntukan RM1 bilion kepada Sabah dan Sarawak baru-baru ini bagi tujuan itu.Lau juga menasihati rakyat supaya tidak tertipu oleh Anwar kerana agenda 16 September yang beliau hebohkan selama ini, tidak akan men-jadi kenyataan.“Kesemua 30 Anggota Parlimen di negeri ini dan di Sabah berkata mereka berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan kerajaan BN,” katanya.

MENGAPA ANWAR CARI AHLI PARLIMEN SABAH DAN SARAWAK?INILAH BUKTI ANWAR TIDAK DITERIMA OLEH AHLI PARLIMEN DI SEMENANJUNG DAN INGIN MEMPERBODOHKAN AHLI PARLIMEN MALAYSIA TIMUR.