feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

HALAL HUB PULAU PINANG 90% UNTUK KAUM CINA.ADILKAH GUAN ENG?



Kuala Juru jadi pusat penternakan kambing dan lembu
Mohd Sabri Said Mon Nov 24, 08 4:08:44 pm MYT


PERMATANG PAUH, 24 Nov (Hrkh) - Kuala Juru, Seberang Perai Tengah (SPT) dipllih sebagai Pusat Ternakan, Memproses dan Pemasaran hasil ternakan lembu dan kambing setempat dengan kemudahan infrastruktur seperti rumah penyembelihan dan 'cold room' kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Menurutnya lagi, kawasan baru itu akan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi mendapatkan jaminan sumber bekalan di Pulau Pinang berkualiti dan berterusan di negeri ini.


"Kuala Juru dijangka akan dijadikan pusat ternakan, memproses dan pemasaran hasil ternakan lembu dan kambing pada masa depan. Justeru, PDC yang diamanahkan akan memastikan ia jadi kenyataan," ujarnya ketika berucap sempena perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Pulau Pinang 21 November lalu. Menurut Lim, selain memberikan pengkhususan terhadap ternakan, Kerajaan Negeri juga memberikan keutamaan dalam bidang pertanian dan veterinar iaitu pembangunan kawasan pertanian baru yang dikenali sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Juru.


Konsep TKPM agak berlainan daripada yang diusahakan di Ara Kuda dan negeri lain kerana ia melibatkan usahasama tiga jabatan iaitu pertanian, perkhidmatan veterinar dan perikanan, katanya. Maka, 20 hektar telah dikhaskan untuk tanaman nenas, 25 hektar industri ternakan dan akuakultur dan 15 hektar lagi untuk program intergrasi dan gunasama, katanya lagi. "Untuk industri ternakan Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan projek ternakan ayam baka daging dan projek ternakan udang," tambahnya.


ULASAN : SEMUA IDEA GUAN ENG INI IALAH IDEA KERAJAAN BN DAHULU DAN IDEA BESAR PAK LAH.MENGAPAKAH GUAN ENG TIADA IDEA?PERHATIKAN IDEA GUAN ENG.NAK BUAT PROJEK AYAM DAGING.SIAPA YANG JADI PENTERNAK AYAM DI SELATAN PULAU PINANG?BUKANKAH CINA.SIAPA YANG BUKA KOLAM UDANG DI SELATAN?BUKANKAH CINA.SIAPAKAH YANG TANAM NENAS DI BUKIT TAMBUN DAN JURU?BUKANKAH CINA.SIAPAKAH YANG TERNAK LEMBU DAN KAMBING DI JURU?BUKANKAH MELAYU.TAPI SELEPAS INI MELAYU JURU AKAN TERLINGKUP KERANA PROJEK HALAL HUB BERSKALA BESAR YANG HANYA MAMPU DIBUAT OLEH KAUM CINA SAHAJA SEBAGAI INVESTER.RUGI LAGI MELAYU JURU.JANGAN JADI ALI BABA LAGI.