feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SAMBUNGAN JIN MAHATHIR VS JIN ANWAR


...............tadi blogger terpaksa memberhentikan usaha akal bagi meneruskan agenda penceritaan tentang tajuk di atas.Bukan apa, tiba-tiba ada hal yang perlu disegerakan.Oklah, blogger nak sambung semula cerita Jin Mahathir dan Jin Anwar.Mahathir dapat bertahan lama menjadi PM selama hampir 22 tahun dan Anwar pula bukan main lama jadi TPM.Adalah dalam 5 tahun.Tapi Jin Anwar lebih berani dan sebab itulah dia terlantar awal disepak oleh Jin Mahathir.Apapun, ada kawan kata Tun M punya Jin datang dari puncak gunung tertinggi.Blogger bertanya rakan tersebut "Gunung Jerai ke?"Jawabnya "Ya lah gunung tertinggi".Blogger diam dan malas nak bertanya lagi.Ada juga yang menyatakan Tun M bela Jin di dalam rumah dan tak kurang ada yang menuduh Jin Tun M sentiasa mengikutinya sehingga tidak ada ruang Jin Anwar hendak mencelah.Tun M bercakap sikit sahaja, tapi semua pemimpin UMNO dan BN takut.Mana ada di zaman Tun M , pemimpin BN buat kenyataan yang menyinggung perasaan Melayu.Peristiwa 1999 pun tidak seteruk Mac 2008.Inilah yang kawan-kawan blogger kata Jin Tun M dah control election 1999.


Di dalam politik, kata orang-orang lama-lama perlukan bantuan ghaib.Tapi maksud ghaib di sini agak kurang jelas.Ada yang menyamakannya dengan bantuan makhluk Allah di alam lain.Ini tidak mustahil kerana banyak kejadian luar biasa berlaku dikalangan ahli politik.Misalnya, ada yang menyatakan mereka tidak nampak logo BN sewaktu memangkah di dalam pilihanraya E12.Orang lama-lama memberitahu blogger pilihanraya lalu cukup kuat degan permainan ghaib.Betul atau tidak wallahu a'lam.Namun, mungkin ada kepercayaan disebaliknya.Apapun, kekuatan sesetengah ahli politik tidak dapat lari dengan hal-hal yang dinyatakan.Mungkin perkara ini salah, namun yang salah itu kadangkala ada kebenaran.Penafian hanyalah helah bela diri untuk menyelamatkan keadaan.Justeru, apa yang bakal berlaku dan terus berlaku, menggunakan makhluk Allah yang lain bakal menjadi rutin dalam sistem merebut kuasa politik.Kita sama-sama melihat apakah realiti Jin Tun M wujud.