MUJUR GAMBAR TERESA SAHAJA YANG DIKOYAK
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG


AZIZAN LEBIH BERPENDIRIAN DARIPADA NIK AZIZ.NIK AZIZ LEMAH AKIBAT DICUCUK HIDUNG OLEH KUMPULAN ERDOGAN
Hormatilah masjid, saya pun jaga sensitiviti bukan Islam - Azizan
Abdul Aziz Mustafa Tue Sep 30, 08 10:35:16 am MYT
Abdul Aziz Mustafa Tue Sep 30, 08 10:35:16 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Sep (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta masyarakat bukan Islam menutup aurat mereka sebelum melawat mana-mana masjid. Mereka, katanya, perlu menghormati sensitiviti umat Islam termasuk menutup aurat sekiranya mereka mengunjungi sesebuah masjid kerana bagi umat Islam, masjid merupakan tempat suci yang perlu dihormati ''Kalau hendak melawat tempat orang (masjid), kena hormat, kena tutup aurat walaupun bagi agama orang itu (bukan Islam) ia tidak perlu, kerana ini tempat orang lain. ''Ia sama seperti kita ke ICU (unit rawatan rapi), ada tempat kena tutup muka, pakai kasut dan gaun yang selalu dipakai jururawat tapi kita kena ikut sebab ia peraturan di situ," kata beliau. "Apa yang penting, kita kena tahu menghormati tempat itu (masjid). Saya sendiri pun jaga sensitiviti orang bukan Islam,"