" BERMULA DENGAN PANDANG BELAKANG,AKHIRNYA ANWAR MAIN BELAKANG"
Setelah blogger meneliti cerita tingkahlaku Anwar sejak dari Tahun 1997 sehinggalah artikel ini ditulis, blogger dapati memang jelas manusia yang bernama Anwar ini suka menggunakan cara belakang untuk mendapatkan nikmat.Maksud blogger disini ialah nikmat POLITIK.Bermula dengan kisah Munawar,Azizan, Meor,Isteri Azmin dan yang terbaru dengan coffe boy Anwar saudara Saiful budak mentah yang menjadi Pegawai Khas secara sukarela kepada beliau.Tarikh 26 Jun adalah tarikh Saiful membuat laporan polis terhadap kes tuduhan liwat Anwar terhdap dirinya. Blogger tidak mahu memberi ulasan tentang hal ini kerana ia masih diperingkat siasatan dan sedang melalui proses mahkamah.Terlalu banyak blog pembangkang dan pro kerajaan yang memberi ulasan tentang hal main belakang ini. Sumpah Saiful adalah taruhan politik kata kumpulan pembangkang.Tidak kurang juga, TG Nik Aziz dan Hj Hadi terperangkap dengan nilai permainan murahan juak-juak pembangkang sendiri. Oleh kerana kata Nik Aziz adalah kata hikmat PAS, maka Anwar amat-amat memerlukan sokongan Nik Aziz dalam setiap tindakannya.
Untuk memastikan beliau berjaya mengambil alih kerajaan pada 16 September ini, sekali lagi Anwar menggunakan cara permainan belakang.Mungkin cara main belakang lebih mudah bagi Anwar untuk mendapatkan nikmat kuasa.Lepasan nafsu syhawat juga lebih mantap dan ketat melalui pintu belakang (kata kawan blogger).Anwar menghalalkan cara main belakang untuk menarik sokongan wakil rakyat BN supaya melompat kepada PR.KL Post melaporkan pertemuan Anwar yang bermula ada hari ini untuk menjalankan sesi mendapatkan sokongan.Yang pastinya, rumus terdekat dalam PKR ada menyebut, wakil rakyat Gerakan dan MCA akan bersama PR .Ini disertai dengan wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak. Anwar menyatakan, beliau tidak perlu menabur janji dan membeli mereka. Semua wakil rakyat ini secara sukarela akan bersama PR.Persoalannya betulkah?
Berikut ialah kenyataan Anwar yang sedang berusaha keras untuk menggunakan cara belakang :
"BUTTERWORTH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dalam beberapa minggu mendatang beliau akan sibuk bertemu Anggota Parlimen (AP) daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk membincangkan soal mereka yang hendak melompat parti menyertai Pakatan Rakyat (PR).Semasa berucap dalam jamuan tengah hadi di Kampung Pelet, di Permatang Pauh, kelmarin, Datuk Seri Anwar berkata beliau akan menumpukan perhatian kepada pertemuan itu untuk membuktikan para pengkritk beliau tersilap mengenai perkara itu.
Semasa menemui penduduk di Taman Sama Gagah, beliau memberitahu pemberita bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan wang, kekerasan atau peras ugut untuk menarik AP Barisan Nasional (BN) melompat parti.Menurutnya, Pakatan Rakyat tidak akan menggunakan cara yang tidak bermoral atau menyalahi undang-undang dalam menarik para AP.Beliau mendakwa tidak seorang pun daripada mereka dijanjikan sebarang jawatan menteri.'Kenapa saya harus buat janji apabila saya sendiri tidak pasti di mana saya nanti (jika Pakatan Rakyat memerintah),' kata Datuk Seri Anwar.
(Sumber : KL Post)
Apapun yang berlaku, apakah tarikh 16 September menjadi kenyataan atau ini merupakan psywar yang paling dahsyat dari Anwar?Yang pastinya ANWAR MEMANG TERKENAL DENGAN MAIN BELAKANG DEMI SYAHWAT POLITIKNYA UNTUK MENJADI PM KE 6.