feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MALANGNYA NIK AZIZ SERAHKAN TONGKAT PADA GUAN ENG

" Bila aku boleh guna tongkat ini nak katuk umat Islam...."atau "oh aku dah dapat tongkat Nik Aziz, bermakna aku dah dapat sesuatu yang berharga sekarang"
Tongkat adalah lambang kekuatan untuk menyokong perjalanan Nik Aziz.Tongkat juga adalah lambang bimbingan bagi orang yang menggunakannya. Tongkat juga adalah panduan bagi membantu Melayu. Demikianlah, apabila Tun Mahathir ingin menarik semula tongkat orang Melayu ( subsidi), maka ramai yang menentang.Apa yang menarik di sini, Nik Aziz sanggup memberikan tongkatnya kepada seorang kafir harbi ang terang-terang tidak mahukan negara Islam. PAS terpedaya dengan gula-gula DAP iaitu Umar Abdul Aziz dan amal makruf nahir mungkar.Mendengar ayat Guan Eng tersebut, maka sekalian umat Melayu Pulau Pinang rasa seperti terpaut dengan Guan Eng yang ternyata memusuhi Islam.Jika beliau sayangkan Islam, mengapakah peruntukan untuk agama Islam dikurangkan? dan diberikan status samarata antara Islam dengan agama berhala.
Nik Aziz melihat Guan Eng sebagai teman yang boleh dibawa berbincang walaupun Guan Eng ini seperti musang berbulu ayam.Tidak lama lagi My Srimuara akan mendedahkan kelemahan pentadbiran Guan Eng dalam tempoh 6 bulan memerintah dan tekanan yang beliau berikan ke atas umat Islam tanpa mereka sedari.Kelantan dan Pulau Pinang 2 tempat yang mempunyai geopolitik yang berbeza. Nik Aziz sudah pasti tidak dapat mengemudi Cina di Pulau Pinang.Nik Aziz hanya terbiasa dengan cara memimpin oang Melayu sahaja.Budaya adalah berbeza.
Sekarang PAS membuka seluas-luasnya untuk DAP memperkosa prinsip dan asal perjuangan mereka. Tubuh prinsip PAS digomol oleh DAP dengan syahwat yang memuncak.PAS pasrah untuk terus digomol DAP tanpa sempat menyepak DAP itu sendiri. Sekali PAS ingin menyepak DAP, DAP memberikan ciuman manja kepada PAS. Akhirnya PAS terus hanyut di bawa belaian DAP.