ANWAR YANG GILA MEROYAN
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
"Rakyat Malaysia semua, bersabarlah saya berjanji dan yakin akan menjadi gila meroyan tak lama lagi sebab saya sebenarnya berbohong dan tidak bersumpah lagi."
Kata Husam Musa, "isu pengambilalihan pentadbiran negara samalah seperti kes anak yang dilahirkan songsang.Ibaratnya sekarang, PR sedang menyapu minyak ke atas perut si ibu supaya anak yang berada di dalam kedudukan songsang itu, dapat dilahirkan dengan mudah.Bersabarlah......"
Blogger tertarik dengan kenyataan songsang Husam yang merupakan kuda kayu Anwar.Semua orang tahu perangai kuda kayunya. Dalam PAS sendiri, Husam digelar oleh segelintir sahabat sebagai Ketua Erdagon.Husam pencacai hina Anwar yang tamakkan harta dan telah memperkudakan TG Nik Aziz.Husam cuma nampak sekarang jawatan Menteri Penuh dan Menteri Besar Kelantan dan dalam masa yang singkat akan melawan jawatan Presiden daripada Hj Hadi.Jika inilah analogi Husam, maka dalam keadaan sekarang, kandungan songsang yang Husam ibaratkan itu telah meninggal dunia di dalam perut ibunya kerana minyak yang Husam bagi ialah racun yang membunuh secara senyap.Maka insan yang mengharapkan kelahiran anaknya itu sudah pasti berasa kecewa dan mula tidak mempercayai takdir. Bak kata orang tua,selalunya kaum wanita yang berhadapan dengan masalah ini, segelintirnya akan menghadapai masalah meroyan. Dalam kes ini, Anwar bukan meroyan lagi tetapi GILA MEROYAN DAN TIDAK UBATNYA.
Husam secara membuta tuli telah menghina kaum ibu.Blogger terpanggil untuk memperjuangkan kaum ibu dalam hal ini.Mengapa Husam menyamakan kes Anwar dengan kelahiran songsang?Yang blogger tahu, Anwar sendiri yang dah songsang dan hampir menjadi gila .....gila kuasa .Analogi sempit tanpa premis yang kukuh, melihatkan Husam adalah insan yang benar-benar kuda kayu dan tidak mempercayai takdir.Semoga Allah merahmati semua kaum ibu di Malaysia.Kaum-kaum ibu doalah agar Anwar yang nak menggila sekarang diberi petunjuk dan kembali ke pangkal jalan supaya tidak terus gila. "Ya Allah, kurniakan rahmatmu ke atas negara kami Malaysia"